Monday 24 June 2013

Journey to Bukit Fraser

Sudah lama sangat tidak mengupdatekan blog kelab ini. Terlalu sibuk dan kesingkatan masa. Dimulakan catatan kali ini dengan aktiviti yang terkini iaitu ke Bukit Fraser. Seperti yang dijanjikan van Pak Ariffin sampai pada pukul 11.00 pagi. Uncle Sam juga turut sama menanti di sekolah. Setelah berbincang maka perjalanan pun dimulakan.

Rasa cuak pada anak-anak angklung mula terasa....bimbang malapetaka yang menimpa setahun yang lalu berulang lagi. Perjalanan berjalan lancar hingga tiba ke satu peringkat jalan berliku-liku. Apakah yang akan berlaku......alhamdulillah, semuanya ok hanya Bibik Yasmin yang sedikit kelesuan, maka van terpaksa berhenti buat seketika untuk melayan kelesuan Bibik Yasmin. Anees buat lawak antarabangsa, udah le Bibik tu dah loya dan termuntah....dia boleh sibuk cari kasut plak...bibik tu dah tak tahan nak muntah dah...Mana kasut aku? Mana kasut aku? Nasib baik Bibik Yasmin tak hadiahkan penampar satu kat pipi.



Setelah reda, perjalanan diteruskan. Tinggal beberapa kilometer untuk sampai ke bandar Bukit Fraser, kami singgah untuk meneguk teh o limau panas di warung tepi jalan. Buat hilangkan rasa loya bebudak angklung ni. Huh...baru ku tahu bebudak ni geli[takutkan ulat bulu. Anees sekali lagi buat lawak antarabangsa bila ulat bulu melekat kat baju. Eeeeeee........



Perjalanan diteruskan, setelah tiba di bandar sekali lagi warung makan dicari...lunch time!



Isi perut....isi. Memang lapor pun. Tak makan sebab takut muntah. Selesai makan anak-anak angklung jadi anak-anak ribena pula bermain di taman permainan. Perasan kechik ke ape bebdak neh? Menuju ke Pine Resort untuk mengambil kunci. Seperti biasa Uncle Sam la urus, kami? Menyibuk shooting di luar resort. Suasana sungguh nyaman sekali.



Nampak tak apartmment kat belakang Arham tu...haaaaa, kat ctu lagi tempat kami beradu nanti. Best kan...kan...kan! Bersama Uncle Sam mencari pintu rumah. Fuh, menyeramkan betul tingkat bawah rumah bebudak lelaki, gelap, tersorok dan sejuk. Pulak tu....macam rumah hantuuuuu! Bebudak perempuan pilih bilik yang lebih tinggi, rasa selamat dan selesa walaupun tiada TV. Indah dari luar jer resort neh, tak berjaga, sayang.....

Jam 5.00 petang berjanji dengan Uncle Sam untuk berkumpul di bandar Bukit Fraser untuk bersiar-siar. Tapi sudahnya.....kami yang bersiar-siar sendiri bersama dengan anak Pak Ariffin. Apa laa uncle Sam ni.......



Sebelum tiba di bandar semula, ternampak bunga yang bentuknya bulat dan berlubang di tengah-tengah macam donat.....Cikgu bunga......Cikgu, bunga? Hahahahaha, bahasa.....



Bersantai di tengah-tengah bandar sambil shootong lagi. Uncle Sam? Entah mana tah.....



No comments:

Post a Comment