Sunday 30 September 2012

Bazar Seni Budaya

23hb September 2012, setelah mendapat persetujuan antara JKKN dan pihak sekolah maka kami bertolak ke Jalan Raja untuk membuat persembahan dalam bazar bulanan anjuran JKKN. Jam 6.00 petang Encik Bala telah tiba dengan bas persiarannya untuk membawa kami ke sana. Perjalanan memakan masa hanya 30 minit. Jalan tidak sesak agaknya.

Jadual Persembahan
 
Kami diturunkan dihadapan Dataran Merdeka dan berjalan kaki menuju ke sana. Berat juga membawa angklung dan book stand ni. Kesian anak-anak angklung. Demi sekolah dan seni tercinta diharungi jua. Sesampai di sana kami di sambut oleh AJK Bazar Puan Salina. Makanan diagihkan kepada semua dan kami beralih ke Dataran semula untuk menjamu selera. Selepas tawaf Dataran Merdeka, baru kami dapat solat di sebuah surau berdekatan dengan gerai yang dikunci. Kesian kami. Berpeluh-peluh mencari.
 

 
 

Selesai bersolat kami menuju ke Dataran semula dan bergambar untuk kenangan. Datin Zahidah kita juga tak mahu ketinggalan.



 
 
Setelah berkemas kami menuju semula ke tapak persembahan. Datin Zahidah mengambil alih tugas menyolek anak-anak angklung pada malam ini.
 


 
 
Puan Salina mengambil sedikit maklumat mengenai kelab dan kemudian mengarahkan kami bersiap-sedia apabila penari-penari selesai menari maka giliran kami pula naik ke pentas.
 
 
Kami memainkan empat buah lagu iaitu Getaran Jiwa, Dahil Sayo, Kenanganku dan Anak Kampung. Masa diberikan pada kami hanya 15 minit sahaja. Oklah tu. Pengalaman buat anak-anak angklung...berdiri di atas pentas lori.


 
 
Sebaik sahaja selesai persembahan alatan dipunggah dan diikat rapi. Anak-anak angklung dibenarkan untuk melawat bazar sehingga sepuluh malam. Sebelum itu kami bergambar sekali lagi untuk kenangan kelab.
 

Sekali lagi sebelum menaiki bas pulang ke Shah Alam kami bergambar di hadapan Dataran Merdeka.
 

Getaran Jiwa


Anak Kampung


Dahil Sayo (Lagu Filipina)


Kenanganku






No comments:

Post a Comment