Thursday 12 July 2012

1MCAT - KLCC

Tiba di sekolah jam 7.30 pagi. Menyiapkan pakaian untuk ke KLCC. 8.30 pagi semua ahli telah berada di bangsal dan vest diagihkan mengikut saiz ahli. Nasib baik mencukupi untuk saiz-saiz yang ada. Memang punctual Encik Ishak Othman, pemandu bas dari JPS. Tepat jam 9.00 pagi sudah berada depan sekolah. Kami terus menaiki bas dan bersedia untuk ke KLCC sekali lagi.

Lelong...lelong....bundle sale!

We're ready
Alhamdulillah, perjalanan kami ke KLCC berjalan lancar. Hanya mengalami kesesakan yang minima sahaja. Jam 10.00 kami tiba depan Suria KLCC dan mula berjalan ke KLCC. 10.15 di tingkat 3, dewan 2....tiada apa-apa yang berlaku. Kami pun meletakkan pakaian kami dalam bilik persalinan yang disediakan. Sempat juga kami berlatih memainkan dua lagu wajib dalam bilik ni.

Lenggang....lenggang.....
Kemudian bergerak ke dewan 1 untuk bersantai lagi. Jenuh menanti, selidik punya la selidik, depa tak buat rehearsal pun. Cis 10x! Lepak dan terus lepak, bosan dan terus bosan. Nizam merengek sakit perut. Minta Encik Sam belikan ubat. Jam 12.00 makan menjamu selera di tempat yang disediakan.



Selepas menunaikan solat zohor, ahli kelab membuat persiapan untuk persembahan. Setelah bertukar pakaian kembali semula ke dewan 1 dan memulakan latihan untuk kali terakhir sebelum persembahan. Nizam dan Amnan cuba menghayun angklung mengikut irama lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Sudirman. Not bad.........


Jam 2.30 petang tetamu mula masuk ke dalam dewan. Mengintai-intai dari luar suasana dalam dan koridor dewan. Semakin ramai tetamu dan pelawat yang melihat pameran di luar dewan.





 
Menanti semula di dewan 1. Mengintai-intai majlis pelancaran berlansung di dewan sebelah. Apabila teater dimulakan ahli kelab bersedia dibelakang tabir pentas sambil melihat persembahan teater yang pelik. Hermmm.....ajaran sesat kot? Hahahahahahaha. Sebaik sahaja Encik Zakaria, pemain angklung solo memainkan lagu Kitaro, Matsuri, ahli kelab mula naik ke pentas. Setelah diperkenalkan kepada tetamu yang hadir, maka lagu Kenanganku berkumandang di udara. Persembahan mantap! Mendapat tepukan gemuruh dari pendengar. Syabas. Lagu kedua merupakan lagu permintaan khas YB Sri Ng Yen Yen, Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin dimainkan.





Majlis selesai, kami pun bersiap untuk pulang. Tetapi sebelum pulang kami dapat bergambar dengan beberapa selebriti. Sedang berkemas-kemas, tiba-tiba Angeline memanggil semula ahli kelab ke depan untuk bergambar sekali lagi. Rupa-rupanya YB memanggil kami untuk bergambar bersama-sama beliau di atas pentas.

Bersama Syafinaz

Dato Yasmin Yusuff

Bersama semua VVIP
Puas disimbah limpahan cahaya kamera kami pun ke ruang depan untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan untuk para tetamu.

Donat tu aku punya sorang yer (Hanim)
Bos sibuk mengumpulkan goodies untuk kami sementara kami sibuk memenuhi permintaan perut. Gelak lagi, hahahahaha......puas makan kami beransur semula ke bilik persalinan untuk mengambil angklung kami. Sempat lagi bergambar di dalam bilik persalinan.

Peace yo!
Keluar dari bilik singgah lagi ke ruang perasmian. Duduk sebentar menonton persembahan dari kumpulan LaRumba.


Sementara menanti beberapa ahli kelab menunaikan solat kami membuat permintaan lagu dan kumpulan ini memenuhi permintaan kami dan memainkan lagu Anak Kampung untuk kami. Best nyer! 5.30 Kami beransur keperhentian bas. Rancangan berubah sekali lagi. Kami membuka alatan angklung kami dan memainkan dua buah lagu di hadapan Suria KLCC....unplugged!

Bergerak pulang



Puas hati kami! Mula menggorak langkah pulang semula. Kepenatan tetapi puas dengan apa yang dilakukan pada hari ini. Dalam bas ada yang tertidur keletihan tak kurang juga usik-mengusik antara satu sama lain. Perhubungan mereka semakin akrab.


Angklung disimpan, pakaian dikumpulkan. Borang kebenaran ibu bapa baru diberikan. Sorry, lupa sangat-sangat. Semua perlu dibereskan dalam waktu yang sama. Terlepas juga benda penting ni. Terima kasih kepada semua anak-anak angklung. Sekarang kita tumpu perhatian kepada pelajaran pula ya.

Sebelum balik...kita bersolek dulu!

3 comments: