Mendapat undangan ke Jalan Negara Kita, Melawati KL. Pertama kali kami di sana. Aktiviti ini berkolaborasi dengan Balai Seni Negara. Kebanyakan lagu yang kami mainkan berkaitan dengan kelestarian alam Antara lagu-lagu yang kami dendangkan seperti Hijau yang dipopularkan oleh Zainal Abidin, Heal the World mendiang Michael Jackson, Cinta Nusantara nyanyian arwah Sheqal, What a Wonderful World oleh mendiang Louis Amstrong dan lain-ain lagi. Kami memulakan dendangan dengan lagu Alangkah Indahnya Alam yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman dan Minah Gadis Dusun, lagu dari seberang. Gemersik angklung kami mendapat sambutan daripada para pendengar. Alhamdulilah.

No comments:
Post a Comment