Majlis ini sepatutnya diraikan pada bulan oktober yang lalu namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Maka hari ini 13 November kami bertolak ke Hotel Mandarin Oriental pada jam 4.45 petang. Hujan agak lebat sebelum itu namun kembali reda semasa kami bergerak dari sekolah. Perjalanan kami ke sana tidaklah mengharugi jem yang teruk dan kami sampai seperti disediakan pakir untuk kami. Alhamdulillah, berhampiran dengan pintu masuk.
Kami disambut oleh Azrin di lobi hotel dan dibawa ke restoran untuk menjamu selera. Hari ini anak-anak angklung merasa dilayan oleh pramusaji hotel 5 bintang. Makan menu table d'hote. Sebaik sahaja selesai makan kami terus bersedia di hadapan dewan untuk mengiringi para VVIP termasuklah Menteri Besar Selangor.Kami meneruskan persembahan dengan lagu permintaan mereka iaitu Laskar Pelangi dan kemudian turun pentas untuk bersedia slot yang kedua.
Kami berlatih sebentar di luar hotel untuk lagu Matsuri oleh kerana kami dimaklumkan tidak perlu lagu tersebut, namun di saat akhir mereka tukar aturcara. Nasib baik kami masih belum bergerak dari sekolah dan dapat menjalankan latihan dan pek semula angklung-angklung kami. Lau Matsuri dapat kami mainkan dengan baik cuma gerak tari dari dua orang pemain angklung agak kekok. Dalam perhatian aku untuk dbaiki lagi tarian mereka ini nanti.
Kami sampai di sekolah jam 10.00 malam dan aku menunggu ibu bapa hadir untuk mengambil anak-anak mereka kecuali Arifah dan seorang lagi anak anglung tingkatan 1 kuhantar pulang. Terima kasih semua, mendapat feedback dari Puan Azrin persembahan kami disukai oleh semua. Ahamdulillah.
No comments:
Post a Comment