Friday 13 September 2024

Majlis Penutup : Hari Kebangsaan & Hari Malaysia

Tahun ini kelab melibatkan diri pada sesipetang sahaja dan memainkan lagu 'Saya Anak Malaysia', yang dipopularkan oleh dr Sam. Fenna dan Joananne pula melibatkan diri dalam nyanyian duet lagu Setia dan tarian rampai Sabah pada persembahan sesi pagi. Levialin juga turult melibatkan diri walaupun sibuk dengan ujian percubaan SPM. 





Monday 9 September 2024

Penyampaian Sijil dan Hadiah : Ngurulung dan Bengkel

Hari ini akhirnya dapat diadakan majlis sederhana penyampaian sijil dan hadiah kepada anak-anak KAW Team yang disempurnakan oleh PK Petang Puan Siti Norizan. Tahniah anak-anak, boleh lebih komited dala latihan dan persembahan. 3 anugerah khas menjadi rebutan :

1. Anugerah Peserta Terbaik - Yaldryeon Yamsili

2. Anugerah Angklung Muda - Tilnodextersius bin Tinodsius

3. Anugerah Tangan Emas - Amar Hakimie bin Kamaruddin



Saturday 7 September 2024

Tautan Ukhwah : Athirah & Farhan

Majlis ini kami telah ditempah awal oleh Puan Yati. Beliau menghetahui kelab ini daripada jemputan perkhawinan di Acre Puchong pada tahun lepas. Setelah berbincang dengan pihak mempelai dan emcee pada hari itu, kami memulakan persiapan persembahan dan kemudian menjamu selera sebelum memulakan tugasan. Lagu pertama yang didendangkan adalah lagu Masing-masing yang dipopularkan oleh Ernie Zakry. Pertama kali kami dendangkan lagu ini di hadapan orang awam.

Seterusnya, jam 12.15 pm kami mengiringi ipengantin masuk ke dalam dewan dan kemudian mempersembahkan Tari Bunga Rampai. Kami menyambung persembahan petang tersebut dengan alunan lagu-lagu pengantin menggunakan gemersik angklung. Persembahan kami mendapat sambutan hangat daripada para tetamu, ada yang menghampiri dan menyatakan "rare". Alhamdulillah semuanya terhibur. Hari ini aku berseorangan dan Joananne selaku ahlii yang paling senior dalam group hari ini menjadi pembantu.

Selesai bergambar dengan mempelai kami berkemas untuk pulang, hujan pula. Berebut-rebut masukkan angklung dan jidur ke dalam van. Sempat juga kami mengabadikan kenangan ber'photobooth' dan melekatkan gambar kami di dalam album kenangan pengantin.






Friday 6 September 2024

Pembentangan Laporan Perpaduan Sekolah

6 September, kami bersiap-siap di kabin. Hari ini akhirnya aku dapat menyaksikan pakaian etnik lelaki yang berbeza corak manik di pakaian tersebut. Bangga memiliki kaum yang pelbagai di Malaysia. Setelah bersiap kami memulakan latihan dan kemudian bergambar di hadapan kabin. Punyalah payah nak suruh mereka bergaya. Asik-asik gaya posing yang sama sahaja.

Seterusnya kami beredar ke kantin untuk menikmati sarapan pagi. Sempat juga kami berposing dengan cikgu sesi pagi sebelum menanti di bilik kaunseling. Jam 10 am kami memulakan persembahan di dalam Bilik Gerakan. Dua buah lagu kami dendangkan iaitu Getaran Jiwa dan Yek Liang Tai Piau Wo De Xin (irama dangdut).Selesai persembahan bergambar dengan para nazir dan para pentadbir dan kemudian menjawab soalan kuiz.




Thursday 5 September 2024

Sambutan Hari Lahir 2024

Sepatutnya kami raikan pada majlis penutupan bengkel angklung pada bulan Julai yang lalu Namun disebabkan kek kami lambat sampai mala majlis ditunda hinggalah ke hari ini. Walaupun tidak semua yang dapat turun untuk memeriahkan majlis yang diadakan secara ala kdar sahaja namun ia tetap meriah dengan kehadiran ahli-ahli sesi pagi di kabin.