Saturday 27 July 2024

Karnival Rakyat Karangkraf 2024

Setelah mengahrungi latihan selama 4 hari berturut-turut di SMK Bandar Puchong Jaya A, hari ini kami memulakan pertarungan untuk mendapat tempat di dalam sekolah-sekolah negeri Selangor. Sebanyak 6 buah sekolah dalam negeri Selangor menyertai pertandingan Simfoni Tradisional yang dilaksanakan di pentas Karnival Rakyat Karangkraf pada 27 Juli 2024. Berbekalkan dengan alat muzik tradisional seperti pipa, erhu, ghuzen, angklung dan percussion india serta beberapa alat muzik moden seperti biola, gitar akustik dan bass kami memulakan persembahan dengan lagu Pak Pung Pak Mustape dan sebuah lagu instrumental Kurik Kundi yang telah digubah khas oleh Cikgu Nabil. Persembahan kami telah dikenakan penalti oleh para hakim kerana telah menggunakan satu alat yang bukan digunakan di Malaysia. Namun, kami beroleh tempat kedua di dalam pertandingan ini serta mendapat anugerah persembahan unik. Alhamdulillah, syabas kepada semua yang terlibat dan juga kepada Cikgu Nabil yang telah menggubah lagu dengan sungguh baik sekali.





No comments:

Post a Comment