Sunday 28 July 2024

Tautan Ukhwah : Hasimah & Hafizi

Hari ini kami bergerak ke Kuala Lumpur untuk satu majlis perkahwinan. Tugas kami hari ini tidaklah berat. Hanya meinkan angklung sebelumpengantin sampai, itu pun kami sempat memainkan 3 buah lagu iaitu lagu A Thousand Years, Kau Ilhamku dan Menunggu Nasi Minyak. Mempelai diiring dengan paluan kompang dan dihiburkan dengan nyanyian daripada kumpulan Kompang At Taqwa. Selepas itu baharulah kami tarikan tarian Bunga Rampai di hadapan pengantin. Merenjis pun tidak termasuk dalam tugasan kami hari ini. Sewaktu mempelai makan baharulah kami mainkan beberaa lagu dan kemudian penutup persembahan kami mainkan lagu Saajanji Ghar Aaye dan Ayam Den Lapeh. Bergambar dengan pengantin sebelum kami bertoak pulang dengan goodies di tangan. Yak yak yey!






Saturday 27 July 2024

Karnival Rakyat Karangkraf 2024

Setelah mengahrungi latihan selama 4 hari berturut-turut di SMK Bandar Puchong Jaya A, hari ini kami memulakan pertarungan untuk mendapat tempat di dalam sekolah-sekolah negeri Selangor. Sebanyak 6 buah sekolah dalam negeri Selangor menyertai pertandingan Simfoni Tradisional yang dilaksanakan di pentas Karnival Rakyat Karangkraf pada 27 Juli 2024. Berbekalkan dengan alat muzik tradisional seperti pipa, erhu, ghuzen, angklung dan percussion india serta beberapa alat muzik moden seperti biola, gitar akustik dan bass kami memulakan persembahan dengan lagu Pak Pung Pak Mustape dan sebuah lagu instrumental Kurik Kundi yang telah digubah khas oleh Cikgu Nabil. Persembahan kami telah dikenakan penalti oleh para hakim kerana telah menggunakan satu alat yang bukan digunakan di Malaysia. Namun, kami beroleh tempat kedua di dalam pertandingan ini serta mendapat anugerah persembahan unik. Alhamdulillah, syabas kepada semua yang terlibat dan juga kepada Cikgu Nabil yang telah menggubah lagu dengan sungguh baik sekali.





Tuesday 23 July 2024

Majlis Perasmian Penutupan Karnival PPDa Daerah Petaling Perdana

Setelah berpusing-pusing mencari tempat pakir kereta yang sesuai kami menuju ke Dewan di MSU dengan panduan dua orang siswa mereka. Kami disambut oleh AJK majlis dan bertembung dengan Puna Hasrina, guru kaunseling sekolah kami dahulu. Maka berlakulah acara peluk-pelukan. 




Setelah mendaftar kami masuk ke dalam dewan. Majlis dimulakan dengan ucapan dan kemudian penyampaian hadiah kepada pemenang. Kami tidak menjangka sama sekali bahawa kami akan mendapat tempat pertama dalam pertandingan kali ini. Menewaskan sekolah yang telah menjuarai pertandingan ini tiga kali berturut-turut. Alhamdulillah, setelah selesai kesemua penyampaian hadiah maka video kami ditayangkan kepada semua dan mereka terpukau dengan lagu dan persembahan kami. Ada pula murid yang bertanya link Youtube untuk lagu kami ini. Rasa megah dapat menaikkan nama sekolah dipersada seni.





Tuesday 16 July 2024

Kelas 3 Angklung PPKI SMK SS17

Kelas ke 3 untuk mereka hari ini. Bertolak darai sekolah jam 10 am menuju ke SMK SS17. Aku mulakan dengan ulangkaji lagu kelas yang lalu. Alhamdulillah mereka dapat memainkan lagu tanpa aku menunjukkan skor di hadapan papan putih dan hanya mengayunkan tangan sahaja. Satu oetanda yang baik. Setelah itu aku teruskan dengan lagu pilihan kedua Cikgu Rahimah iaitu lagu yang dipopularkan oleh Siti Nurhaliza, Jerat Percintaan. Nampak macam susah sebab panjang, tetapi sebenarnya skor hanya diulang-ulang sahaja dan hanya lirik yang bertukar. Mereka dapat memainkan lagu ini dengan baik walaupun baharu pertama kali diajarkan. Semakin pro nampaknya mereka. Tahniah!!!!



Saturday 13 July 2024

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2023/2024

Majlis hari ini KAW Team memainkan peranan kecil sahaja. Pertama, kami menanti VVIP di sepanjang jalan untuk menunjukkan arah kereta untuk dipakir dan kedua mengiringi beliau ke dataran dengan alunan angklung dan jidur. Hanya 2 orang pemain muda terlibat dalam aktiviti hari ini iaitu Dexter dan Eyon. Pengalaman pertama mereka mengiringi VVIP hari ini.





Wednesday 3 July 2024

Perasmian Mini Teater STEM

Mendapat jemputan secara adhoc daripada Persatuan untuk membuat persembahan sewaktu jamuan makan di Dewan Bankuket SUK, Shah Alam pada 3 Julai 2024. Setelah perbincangan dibuat maka surat pelepasan diutuskan untuk kami ke sana pada hari kejadian. Sebanyak 20 lagu kami sediakan dan di hari kejadian kami hanya sempat memainkan beberapa buah lagu sahaja kerana jamuan makan terlewat daripada waktu yang dijangkakan. Namun, kami telah memberikan persembahan yang terbaik kepada semua.








Tuesday 2 July 2024

Kelas 2 Angklung PPKI SMK SS17

Hari ini aku meneruskan pengajaran dan pembelajaran angklung bersama-sama murid PPKI SMK SS17 setelah tertangguh disebabkan adanya UPSA. Hari ini kami memulakan latihan dengan lagu mendiang Elvis Presley, Can't Help Falling in Love. Mudah lagu ini, hanya perlukan ulangan hanya bahagian korus sahaja sedikit yang berlainan. Namun aktiviti  berjalan dengan lancar walaupun tak ramai ahli-ahli lama. Murid yang baharu juga menunjukkan komitmen yang baik pada hari ini.