Wednesday 26 June 2024

Pencalonan Konsert Diraja KPM

26 Jun 2024, seharian menunggu para peserta dan tepat jam 4.00 petang Levialin memulakan rakaman. Seperti biasa bila rakaman, masing-masing mula gelabah semacam dan terpaksa diulang beberapa kali. Levialin mendendangkan dua buah lagu menggunakan angklung toel iaitu Matsuri dan Aci Aci Buka Pintu sementara Nur Syafiq Ikram pula lagu yang dipopularkan oleh M.nasir, Mentera Semerah Padi. Jam 6.00 petang baharu kami selesai menyiapkan semua rakaman dan diakhir rakaman baharu kami sedar mikrofon sudah off. Nasib la Labu. Janji boleh dengar. Ensemble pula aku gunakan rakaman semasa persembahan MyHero 4.0. Ku edit sedikit sahaja. Moga-moga ada yang tersangkut.





No comments:

Post a Comment