Saturday 29 June 2024

Program Mewangsa : Aktiviti Kesenian & Kebudayaan

29 Jun 2024 bertempat di Dewan Bukit Malawati anak-anak angklung bergerak bersama-sama dengan Cikgu CT dan Cikgu Farahiya. Nasib ada Cikgu Farah, Cikgu Izzakir pun busy pada hari ini. Akulak kena ke Kelantan nak meminang anak dara orang bagi pihak anak saudara belah somi. Perjalanan ke sana dan persembahan berjalan lancar walau pada mulanya Cikgu CT dah maklumkan budak-budak dah start blurr. Alama....alamak.....alaamak...alamak blurr lagi.....Alhamdulillah, berjalan lancar walaupun terdapat beberapa kesilapan kecil semasa persembahan. PADAT katanya best dan dah ambil no kami untuk dihubungi. Terima kasih kepada semua dan cikgu-cikgu yang membantu hari ini.



Wednesday 26 June 2024

Pencalonan Konsert Diraja KPM

26 Jun 2024, seharian menunggu para peserta dan tepat jam 4.00 petang Levialin memulakan rakaman. Seperti biasa bila rakaman, masing-masing mula gelabah semacam dan terpaksa diulang beberapa kali. Levialin mendendangkan dua buah lagu menggunakan angklung toel iaitu Matsuri dan Aci Aci Buka Pintu sementara Nur Syafiq Ikram pula lagu yang dipopularkan oleh M.nasir, Mentera Semerah Padi. Jam 6.00 petang baharu kami selesai menyiapkan semua rakaman dan diakhir rakaman baharu kami sedar mikrofon sudah off. Nasib la Labu. Janji boleh dengar. Ensemble pula aku gunakan rakaman semasa persembahan MyHero 4.0. Ku edit sedikit sahaja. Moga-moga ada yang tersangkut.





Saturday 8 June 2024

12 Jam Bandung Ngurulung Angklung

Pagi tadi sah namakelab telah dimasukkan sekali lagi dalam Original Rekor Indonesia (ORI) kerana terlibat secara tidak langsung dalam persembahan sempena memperingati Bandung sebagai Kota Angklung pada 21 Mei yang lalu.









Tuesday 4 June 2024

Tugasan Offline

Disebabkan pada 4 Jun 2024 berlakunya pengambilan keputusan SPM 2023 di sekolah maka aktiviti dijalankan secara offline kepada ahli-ahli angklung sesi pagi dan petang. Tugasan sesi petang mereka diminta menyediakan profil sejarah angklung sementara sesi pagi untuk menyiapkan video tarian asas. 

Sesi pagi hanya Levialin dan Syafiq sahaja yang menyiapkan tugasan ini maka pemenangnya jatuh kepada Levialin dan nombor dua disondol oleh Syafiq. Keputusan sesi petang akan dikemaskini nanti.



Di sesi petang pula pertandingan menulis esei tentang Sejarah Angklung. Ada plak yang nak buat sejarah tentang kelab ....aishh....mereka ni faham soalan ke idak? Macam-macam minta mereka kat aku nak menyiapkan tugasan. Janji mereka bersemangat nak buat kan. Esei ketiga digondol oleh Alisha, tempat kedua Muharina dan tempat pertama digondol oleh Khalisya. Tahniah semua!!!