Persembahan kali ini adalah permintaan tuan rumah di saat akhir majlis. Setelah pihak kami bersetuju untuk menunaikan permintaan tuan rumah maka 11 Nov 2023 dengan 15 orang pemain angklung dan Saiful sebagai pembantu aku menuju ke MZ Garden Hall yang terletak di Bangi hari ini. Sesampai sahaja di sekolah mereka semua telah pun siap dan van sudah sedia menanti di luar. Kami terus bergerak menuju ke Bangi berpandukan Waze. Majlis akad nikah masih lagi berlangsung sewaktu kami tiba dan kesempatan ini kami curi masa untuk membetulkan samping anak-anak angklung.
Jam 1030 pagi kemudiannya dapat akmi melakukan rehearsal dan kemudian mengisi perut sebelum memulakan ayunan angklung pada pukul 11.30 pagi. 15 buah lagu kami dendangkan sebelum kami berehat sebentar menanti ketibaan pengantin untuk kami iring ke pelamin. Nasib baik Saiful ada, dapatlah kami menjalankan tugas dengan baik.
Salam restu juga kami iringi dan sewaktu memotong kek dengan lagu Perfect. Alhamdulillah sepanjang persembahan kami berjalan lancar. Kesemua lagu yang kami latih dapat kami mainkan sepenuhnya dalam majlis ini. Sebelum berangkat pulang sempat kami mengisi perut sekali lagi. Ada tetamu yang menyumbang RM50 untuk anak-anak angklung ini. Alhamdulillah...beberapa tetamu juga bertanyakan nombor kami untuk dihubungi.
No comments:
Post a Comment