Majlis berlangsung hari ini. Awal pagi dah sampai sekolah untuk jalani latihan untuk refresh sebelum ke Kelana Jaya. Gerak tari ku ubah sedikit untuk memuatkan para ahli di atas pentas. Mula-mula mereka agak blurr namun setelah diulang beberapa kali dapatlah mereka menguasai step tersebut.
Laluan ke bahagian punggahan barang kecil sahaja rupanya. Hanya kawasan tangga dan agak panas, namun kami diberikan tempat selesa untuk bersiap dan kemudian menyertai program sementara menanti KPPM tiba untuk majlis perasmian.
Majlis berjalan dengan lancar dari dua persembahan iaitu dari gendang cina dan angklung. Gabungan kami yang dinamakan Gu-Klung mantap dengan memulakan intro lagu Gendang 9 dan kemudian diteruskan dengan lagu Sepakat Membina yang dinyanyikan oleh Patrina Julin secara live. Background voice disertai oleh pemain gendang dari SMK Kota Kemuning.
Selesai persembahan gendang cina kami memulakan persembahan kami dengan lagu Embun Sok Sek. Lagu tradisional negeri Terengganu. Jarang sekali lagu ini dimainkan kecuali di majlis yang melibatkan pelancongan. Maka kami gemersikkan lagu ini dalam audiotorium ANGKASA hari ini. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar. Setelah mengambil makan tengah hari maka kami beransur pulang ke sekolah.
No comments:
Post a Comment