Friday 10 March 2023

Ijab Qabul Wedding Expo

Expo bermula pada 10 Mac sehingga 12 Mac 2023 bertempat di Dewan Raja Muda Musa, seksyen 7, Shah Alam. Kami hanya ada 12 orang sahaja yang turut serta hari ini. Namun persembahan terbaik telah kami berikan yang mana lagu tema penganjur iaitu Ijab Qabul yang dipopularkan oleh Ryan Deedat kami gemersikkan dengan angklung. Tak sangka penyanyi asal juga ada di situ. Cikgu Salina turut membantu kami hari ini untuk membawa anak-anak angklung termasuklah anak aku sendiri Haniff. Terima kasih Sazlina dan Haniff.



  





No comments:

Post a Comment