Saturday, 1 October 2022

Karnival Angklung

Setelah menghadapi pelbagai cabaran akhirnya kami sampai juga kat homestay. Menanti rakan-rakan yang lain tiba. Setelah selesai malamnya kami makan malam di restoran yang berhampiran. Alhamdulillah berjalan kaki sahaja. Dekat dengan homestay. Geng Cikgu Izzakir join kami tak lama kemudian. Esoknya kami bersarapan roti canai sarang burung sementara cikgu CT mencuba roti canai sarang burung daging. Hahaha....kena scam...dagingnya daging burger jer.





Jam 9.00 pagi kami ke Taiping Mall dan membuat persiapan. Kami akan mempersembahan kemahiran kami selepas tuan rumah. Undian dapat nombor 2. Tak mengapalah....mungkin ada hikmah disebaliknya. Persembahan kami mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton dan ibu bapa yang hadir. Mereka kagum dengan persembahan kami yang tidak statik.





Selepas makan nasi kandar beratur yang viral tu, kami pun bertolak pulang. Ingatkan nak bawa mereka jejalan, tapi cuaca di Taiping tidak mengizinkan lantas kami terus pulang. Terima kasih semua semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.





No comments:

Post a Comment