Tertunai sudah janji kepada tuan rumah. Cuma persembahan kami di dalam khemah kureng sket sebab mic tiada. Apa-apa pun semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Meminjam jidur melalui Uncle Sam. Berlubang pula jidurnya dan tuning lari. Puas kami godek untuk betulkan tuningnya. Sampai ragum pun kami pinjam dari tuan rumah ...hahahahaha. Tempatnya ok tapi agak sempit dan masalah pakir kereta yang terhad namun majlis meriah juga. Penutup tirai persembahan Joanna dan Patrina menyumbangkan 2 buah lagu. Boleh la suara mereka hari ini.
Kami pulang dengam membawa bunga segar sebagai door gift tuan rumah. Sempat juga aku capai satu bungkus jajan. Pak Din hari ni menunjukkan jalan pulang. Katanya tak kena tol..maka ku ikutkan sahaja. Tapi....aduhai salah percaturan. Jalan sempat, banyak trafic light pastu jem lak...so lambat la kami sampai sekolah jadinya.
No comments:
Post a Comment