Saturday 23 April 2022

Selamat Hari Raya di Plaza Metro Kajang

Selepas menunaikan solat Asar di sekolah kami pun bertolak ke Kajang dengan menggunakan 4 buah kenderaan. Seperti biasa kereta aku membawa semua alatan dan Cikgu Siti membawa 6 orang ahli, Cikgu Radziah 6 orang juga sementara kereta Cikgu Izzakir 4 orang ahli lelaki. Pertama kali cikgu Izzakir menyertai kami dalam event tahun ini.

Sesampai di plaza kami terus ke pentas yang terletak di tingkat LG. Kecil sahaja tempatnya dan kami cuba memuatkan 16 pemain angklung di kawasan tersebut. Persembahan kami dimulakan pada jam 8.00 malam setelah kami berbuka puasa di tingkat atas Food Court plaza.





Sempat juga kami menyambut ulang tahun kelahiran ke 17 Aiman di sini. Moga terus sukses dalam akademik dan koakademik serta menjadi anak yang soleh dan taat pada kedua ibubapa. Aminn.


Alhamdulillah persembahan kami berjalan lancar cuma pada aku pilihan aku tidak sesuai sangat dengan suasana di situ. Tidak mengapa ia akan menjadi pengajaran kepada aku untuk menyusun lagu persembahan dengan lebih baik. Jam 8.35 persembahan kami pun berakhir dan berangkat pulang ke sekolah pada jam 9.00 malam.




No comments:

Post a Comment