Tuesday 4 January 2022

Pasca Banjir di Tahun Baru (Selasa)

Sekolah masih lagi menerima sukarelawan yang silih berganti membantu kami untuk membaik pulih kawasan sekolah yang terlibat dengan banjir. Makmal sains memang total lost, bengkel RBT, Elektronik, Kayu pun sama, bilik kaunseling tak tahulah nak cakap...memang kertas sahaja semua. Dokumen semua habis.....Bilik Anggerik yang menjadi galeri Kelab Angklung Wariseni...item ada yang hilang, lost in action. Kelas-kelas hanya kehilangan kerusi dan meja termasuklah papan kenyataan yang berada di hadapan dan di belakang kelas. Tandas, kotor nak mampos kata orang. Koperasi....baharu jer make over, dah ditenggelami air sementara BIlik Angklung dan Kabin D'Angklung mengalami nasib yang sama. Adalah pesan Allah swt nak sampaikan pada kami terima dengan redha.


4 Januari 2022, bantuan tangan diperoleh dari pengetua-pengetua JPN Kedah. Jauh depa mai......Pengetua-pengetua yang tak gah kakinya seramai 6 orang datang membantu kami di kabin untuk menyapu angklung dengan minyak kayu putih dan seterusnya menggantikan ikatan rotan yang putus dengan benang. Tiada rotan akar pun berguna bak kata pepatah. Disebabkan kerja-kerja ini telah dibuat semalam maka hari ini dapat diselesaikan dengan cepat. Tak sampai tengahari semua angklung telah disapukan dengan minyak kayu putih.


Selesai makan, anak-anak angklung menyusun semula angklung mengikut warna rumah yang telah ditetapkan. Rumah kuning masih tak boleh untuk diuruskan sebab kaki rumah masih basah dan rotannya sudah rosak teruk. Kugantikan dengan tali biasa yang berwarna putih. Esok lusa aku cadang nak sapukan dengan cat yang seakan-akan warna buluh tersebut. Nampak molek siket.

Tugasan selesai kami pun bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Kebetulan Uncle Sam pun sampai maka dia pun turut serta dalam memori. Dapatlah bekalan makan meehun dan air mineral dari Uncle Sam. Roti berlambak-lambak, eksyen plak budak-budak ni tak mahu makan. Sudahnya Saiful yang banyak bawa balik. Esok kami akan sambung semula menyusun atur angklung dan menggantikan tali angklung toel. Tumpuan utama Bilik Angklung yang masih tidak tersusun lagi item-itemnya. Alatan dan kelengkapan yang lain semua telah kuhantar untuk dibaik pulih. Kupesan pada Ubcle Lim jika boleh repair teruskan yang mana tak boleh buangkan sahaja.



No comments:

Post a Comment