Saturday 18 December 2021

Majlis Tautan Ukhwah di Bukit Kiara

Hujan masih turun hari ini. Sampai di sekolah kelihatannya air sudah melimpah keluar dari longkang. Mendapat maklumat rumah Afif sudah dinaiki air. Zam dalam perjalanan dan cuba masuk ikut laluan yang selamat. Hanya menanti Annur dan Izmi untuk tiba. Jalan jem disebabkan banjir kilat yang berlaku di hadapan KFC Kemuning Utama. Lengkap semua kami bertolak ke Bukit Kiara tanpa Syaqila kerana ibu bapanya tidak membenarkan dia ikut serta disebabkan situasi ini.

Sesampai di Bukit Kiara kami memakirkan kereta dan masuk terus membuat persiapan persembahan dan rehearsal. Jurus siap kami makan dan menanti pengantin tiba untuk kami hiburkan dengan tarian BUnga Rampai. Bunyi angklung tidak berapa best hari ini. Macam terperuk ke dalam. Sejuk agaknya....hujan ditambah dengan pendingin di dalam dewan ini. 10 lagu kami mainkan sepanjang majlis berlangsung.





Sebelum pulang kami makan lagi. Dapatlah merasa kambing bakar. Huja masih tidak berhenti. Bergambar di hadapan photobooth sekali lagi oleh kerana Nidzham tidak berada bersama-sama kami tadi. Kemudian aku terus mengambil kereta untuk memasukkan alatan ke dalam kereta. Terus bergerak pulang dan mendapat perkhabaran Taman Sri Muda sudah mula ditenggelami air hujan. Berfikir sepanjang jalan manakah yang baik untuk kami masuk ke Shah Alam.

Sampai di Subang Jaya menuju Batu Tiga sudah jem teruk. Aku susur keluar melalui USJ dan dapat sampai ke Taman Sri Muda namun kami tidak dapat masuk. Semua aluan masuk sudah dipenuhi air. Aku hanya dapat menghantar Izmi dan Annur pulang ke rumah kerana rumah mereka di luar pusat banjir. Lalu kami menuju semula ke Alam Impian dan menanti di perkarangan masjid di sana. Afif kuhantar pulang berjalan kaki ke rumah kerana katanya rumahnya sudah hampir di belakang masjid.

Hujan masih turun dan air semakin naik. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari masjid dan menuju ke rumah Shafiq namun hatiku tidak senang memandangkan rumah Shafiq memang berhadapan dengan sungai Kelang. Aku terus menghubungi driver untuk belok ke kanan arah ke rumah aku di Bukit Saga. Namun kami terkena juga limpahan air di simpang empat besar depan Proton. Terkesan juga dilambung limpahan air oleh lori-lori besar yang samseng lalu di situ. Berkocak-kocak air dan membimbangkan kami semua di dalam kereta.

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah tanpa mengalami masalah yang teruk atau sangkut di mana-mana. Pengalaman untuk kami semua.


No comments:

Post a Comment