Thursday 22 July 2021

Rakaman #5 Konsert Bakat Online JKKN Sabah 2021

Setelah taklimat dan panduan diberikan dari masa ke semasa maka cantuman video yang dirakam oleh anak-anak angklung pun dibuat. Memamng agak sukar dalamwaktu yang sama aku perlu belajar menggunakan aplikasi Sony Vegas yang ada agar dapat mengedit rakaman video dengan baik dan menarik. Di samping rakaman video yang dibuat oleh anak-anak angklung yang pelbagai membuatkan cabaran lebih tinggi. Alhamdulillah semua dapat diharungi, moga usaha yang dicurahkan membuahkan hasil. Terima kasih kepada anak-anak angklung yang bersama-sama merealisasikan rakaman ini sehingga berjaya.









Panduan untuk anak-anak angklung berempat untuk menyelesaikan trugasan namun yang dapat menyiapkan rakaman hanya 3 orang sahaja. Terima kasih Patrina, Zulfikar, Syaqila dan Aiman (walaupun separuh jalan rakamannya).

No comments:

Post a Comment