Sunday 24 January 2021

Projek Menebang Pokok

Setelah berurusan dengan Puan Zeti dan Encik Mohd Din PK 1 , maka hari Sabtu yang lalu kami meneruskan projek yang tertangguh tahun lepas iaitu menebang pokok di belakang kabin. Menggunakan 4 kudrat tenaga lelaki dan 2 kudrat tenaga pompuan (akulah tu dengan Puan Zeti) projek dimulakan dengan mencantas dahan-dahan. Tugas ini dilakukan oleh Encik Halim, suami Puan Zeti. Sayup nengoknyer dia di atas tu. Takutnya. Alhamdulillah berhasil dicantas. Kerenge pun macam tau-tau sahaje, tak banyak menganggu.

  

Pemasangan tali dimulakan. Besar dan berat talinya.....tali tarik tali pinjam dai unit sukan. Setelah diikat dengan kukuh maka proses menakik pokok dimulakan. 

  

Maka, selamatlah pokok ditumbangkan pada hari itu. Kami hanya longgokkan batang-batang pokok dan reranting di tepi kabin dengan harapan acik berempat akan membersihkannya setelah kering nanti. Teranglah sudah kabin.


No comments:

Post a Comment