Saturday, 30 January 2021

WEBINAR : Angklung, Pendami dan Ketrampilan Hidup Abad 21 - Siri 1

Mendapat maklumat daripada raka seperjuangan Mochamad Sani Winandar. Terus aku mendaftar untuk menyertai webinar ini langsung meminta anak-anak angklung yang lain turut serta menyertaikan. Alhamdulillah menggalakkan penyertaan ahli-ahli K.A.W Team serami 20 orang. Oleh kerana masih lagi PKP 2.0, hanya aktiviti ini sahaja yang dapat kami lakukan buat sementara ini. Moga pendamik ini cepat berakhir agar kami dapat aktif semula seperti selalu.






Sunday, 24 January 2021

Projek Menebang Pokok

Setelah berurusan dengan Puan Zeti dan Encik Mohd Din PK 1 , maka hari Sabtu yang lalu kami meneruskan projek yang tertangguh tahun lepas iaitu menebang pokok di belakang kabin. Menggunakan 4 kudrat tenaga lelaki dan 2 kudrat tenaga pompuan (akulah tu dengan Puan Zeti) projek dimulakan dengan mencantas dahan-dahan. Tugas ini dilakukan oleh Encik Halim, suami Puan Zeti. Sayup nengoknyer dia di atas tu. Takutnya. Alhamdulillah berhasil dicantas. Kerenge pun macam tau-tau sahaje, tak banyak menganggu.

  

Pemasangan tali dimulakan. Besar dan berat talinya.....tali tarik tali pinjam dai unit sukan. Setelah diikat dengan kukuh maka proses menakik pokok dimulakan. 

  

Maka, selamatlah pokok ditumbangkan pada hari itu. Kami hanya longgokkan batang-batang pokok dan reranting di tepi kabin dengan harapan acik berempat akan membersihkannya setelah kering nanti. Teranglah sudah kabin.


Tuesday, 5 January 2021

Profil K.A.W Team 2024


Sila klik LINK ini '

Terima kasih.



PROFAIL KELAB ANGKLUNG WARISENI

1. Pengenalan
Kelab Angklung Wariseni merupakan kebitaraan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda. Kelab ini ditubuhkan pada 11 Oktober 2011 oleh Puan Norazlena Binti Lazim dan aktif dalam mempersembahkan muzik angklung yang menggabungkan lagu-lagu klasik, moden serta terkini dari pelbagai genre.

2. Keahlian dan Latihan
Kelab ini dianggotai oleh 50 orang ahli yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Ahli kelab menjalani latihan sebanyak dua kali seminggu pada hari Khamis dan Sabtu. Sekiranya terdapat jemputan persembahan di luar sekolah, latihan intensif akan diadakan selama tiga hari berturut-turut. Ahli baharu menerima latihan harian bagi memastikan mereka dapat bermain dengan baik bersama ahli senior.

3. Guru Penasihat
Kelab ini dipimpin oleh dua orang guru penasihat utama dan beberapa guru lain yang turut serta sejak penubuhannya. Antara guru penasihat yang pernah terlibat ialah:

  • Puan Elsa Majmiza Binti Murad Khan
  • Puan Malisa Binti Mohd Mohayudin
  • Puan Azwani Binti Sibiramalek
  • Puan Hafiza Binti Ahmad
  • Puan Siti Raxkina Binti Kulop Ahmad 
  • Encik Ahmad Izzakir Bin Wan Jusoh 
  • Cik Noor Fatinah Binti Md Nor@Ab. Rahim 

4. Liputan Media
Aktiviti dan pencapaian kelab telah mendapat liputan dalam pelbagai media seperti:

  • Akhbar: Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia, Melaka Hari Ini
  • Majalah: Majalahdara.com, YEZZ (Karangkraf)
  • Televisyen: TV1 (Selamat Pagi Malaysia, Generasi Y), TV2 (Tiada Lama Tiada Baru), TV3 (Banana Squad, Malaysia Hari Ini, Borak Kopitiam), TV9 (Nasi Lemak Kopi O), TV Al-Hijrah (Assalamualaikum), NTV7

5. Penyertaan dalam Pertandingan
Kelab Angklung Wariseni telah menyertai pelbagai pertandingan peringkat tempatan dan antarabangsa, antaranya:

  • Mimpi ke Bintang
  • Muzik Ekstra
  • Pertandingan Bakat Kraftangan (Hari Kraftangan Kebangsaan 2013)
  • MSU Performing Art Competition (2014 - Juara, 2016 - Tempat Ketiga)
  • Pertandingan Menari Sekolah Menengah Petaling Perdana (2019)
  • Angklung’s Day (2020)
  • Pertandingan Bakat Online JKKN Sabah (2021)
  • Persembahan Berkemahiran Bermain Alat Muzik (2022 - Juara kategori solo, Naib Juara kategori berkumpulan)
  • Labamboos (2023 - Anugerah Persembahan Khas)
  • 12 Jam Bandung Ngurulung Angklung (Original Rekod Indonesia) - 2024

6. Persembahan dan Penghormatan Diraja
Kelab ini telah membuat persembahan di pelbagai acara bertaraf antarabangsa dan kebangsaan, antaranya:

  • Malaysia International Children Choral Festival (2017, UiTM Shah Alam)
  • ASEAN School Games (2018, UiTM Shah Alam)
  • Woman 2 Win (2022, Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur)
  • Persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (2018, Majlis Anugerah Srikandi GPMS, Hotel Istana, Kuala Lumpur)
  • Persembahan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (2019, Mesyuarat Agung Pandu Puteri Malaysia, Rumah Pandu Puteri, Bukit Gasing)

7. Projek dan Penerbitan

  • Program Jelajah Angklung 1Malaysia (2016, 2017)
  • Mini album (CD & VCD) “Pelestarian Tradisi” (2017, Bandung)
  • Bengkel Angklung “Sanggar Angklung” di seluruh Negeri Selangor
  • e-Book “Getarkan Jiwa! 10 Buah Lagu Popular”
  • Buku skor angklung “Mari Bermain Angklung: Lagu Kanak-kanak” (2023)
  • e-Book "46 Skor : Lagu Hari Raya" (2024)
  • Program pengantarabangsaan yang dirancang pada tahun 2025

8. Platform Media Rasmi
Kelab Angklung Wariseni aktif di platform media sosial berikut:

Kelab Angklung Wariseni terus komited dalam memperkaya seni budaya angklung dan mengembangkan bakat ahli ke peringkat antarabangsa.

Zoom Meeting bersama-sama Master Sam Udjo

Muka kepenatan sbb baru balik dari KB, kerja tetap di teruskan.. ..Aktiviti pertama Kelab Angklung Wariseni Smktsm, tetap diteruskan spt yg dirancang .. Berzoom bersama lagenda Angklung hebat "Bapak Sam Udjo" dari Kota Bandung, pemilik saung udjo, yg tidak pernah lokek dengan ilmu angklungnya .. Terima kasih bapak.






Monday, 4 January 2021

Upgrade Kabin

 Bilakah agaknya tempat ini kembali ceria dan dipenuhi dengan anak-anak angklung. PKP berpanjangan, Covid-19 masih berleluasa. Sabarlah hati dan berdoa banyak-banyak kepada Allah swt semoga segalanya akan kembali normal. Sempat juga menambah hiasan laman di kabin untuk digunakan oleh ahli-ahli dan anak-anak murid yang diajar. Moga bermanafaat.