Sunday 29 September 2019

Majlis Tautan Ukhwah Sri Andalas

Selain dari Riezwan , Faris join kami hari ini ...terima kasih. Maybe untuk release tension selepas menjalani percubaan SPM. Kami tiba di SMK Sri Andalas pada pukul 9.45 pagi dan terus bersiap-siap untuk membuat persembahan. Setelah barangan dan alatan di susun kami terus ke kantin untuk bersolek dan bersiap. Sementara menantikan pa sistem siap dipasang kami menjamuu selera terlebih dahulu. Sedap hidangan hari ini. Ada cendol, ada kuih-muih, ada roti john dan macam-macam lagi.

  

Majlis dimulai dengan alunan santai daripada kami. Pada jam 12.oo tengahari kami berehat sebentar untuk menantikan ketibaab mempelai. Kami iringi mereka dan kemudian membuat persembahan di hadapan mempelai. Setelah salam restu selesai kami meneruskan persembahan dengan pelbagai alunan lagu pengantin. Kami turut mengiringi majlis potong kek mempelai dengan lagu Suat Cinta Untuk Starla.

 



Oleh kerana mereka kemaruk untuk karaoke maka kami selesaikan persembahan dengan lima buah lagu dengan lagu Madu Tiga yang dipopularkan oleh Tan Sri P.Ramlee sebagai lagu penutup. Hujan....mengiringi kepulangan kami ke sekolah hari ini. Terima kasih anak-anak angklung untuk persembahan hari ini.


No comments:

Post a Comment