Tuesday 2 July 2019

HSBC Open House

Tawaf sekali dipersekitaran Stesen Sentral KL dibuat dek Waze ni kat jalan Tun Sambanthan. Then baharulah kami dapat masuk ke lobi  Hotel St Regis. Uncle Sam sudah menanti kami di perkarangan lobi dan kemudian membawa kami ke tingkat 3 di Grand Ballroom hotel tersebut. Rehearsal dibuat dan diatur dengan begitu rapi oleh kami. Jam 5.00 petang kami ke Food Court di stesen untuk makan malam dan bergegas kembali ke hotel. Khabarnya kami perlu untuk membuat gimik pada jam 6.30 petang. Namun setelah sampai....rupa-rupanya false alarm. Adoyai......

  

Jam 8.30 malam kami memulakan persembahan dengan gimik lagu Selamat Hari Raya Chaca dan mengakhiri persembahan dengan lagu My Heart Will Go On.  Persembahan berjalan lancar namun tidak sehebat hotel yang ada. Agak hambar persembahan kami kali ini oleh kerana p.a sistem kurang mantap. Ballroom sangat besar tetapi speaker adalah besar lidi....hahahaha.

  


Kami pooolang ke Shah Alam pada pukul 9.00 malam setelah selesai berkemas dan menikmati juadah yang ada di luar. Bye St Regis....kenangan yang kami tidak akan lupakan.

No comments:

Post a Comment