Saturday 4 May 2019

Hi Tea Amal PESAT

Hotel Tenera Bangi? Lokasi yang baharu pertama kali kami ke sana. Bangi sudah biasa bagi kami namun kali ini tempat yang ditujui tidak pasti hanya berpandukan kepada Waze sahaja. Perjalanan memakan masa 45 minit. Laluan ke detinasi agak sibuk tengahari ini. Setelah memakirkan kereta menuju masuk ke dalam hotel dan disambut oleh staf PESAT dan menunjukkan arah ke Grand Ballroom di dalam hotel. Uncle Sam sudah sedia menanti di tepi pentas dan kami memunggah alatan untuk persiapan.


Setelah sedia maka kami memulakan aktiviti bersolek pula. Sang Pria sibuk memakai samping sementara Sang Dewi pula menconteng muka. Alahai...besar sangat kain sampai berpusing lipatan. Kecil sangat anak-anak angklung aku ni.

  

Dari satu lagi ke satu lagi kami test untuk iring VIP masuk......akhirnya tinggal masa 15 minit sahaja untuk kami makan. Berpesan dengan anak-anak angklung makan untuk alas perut sahaja dulu. 

  

Pukul 2.00 petang kami memulakan persembahan dengan lagu Kasih sehinggalah ke lagu Law Kana. Kami menghentikan mainan lagu ini dipertengahan oleh kerana VIP telah sampai. Beliau masuk diiringi dengan bunyian gamelan. Kan sedap tu......Kami alunkan lagu Getaran Jiwa sebelum menutup persembahan buat sementara waktu untuk meneruskan acara majlis. Sebaik sahaja tazkirah selesai kami meneruskan persembahan sementara mereka semua menikmati hidangan. 

  

Brehat seketika untuk majlis penyampaian cenderahati kepada AJK. Beberapa orang anak angklung membantu AJK hadiah untuk diberikan kepada mereka. Berguna juga kami dalam majlis ini ya. Setelah selesai pelancaran laman web PESAT kami menutup tirai persembahan dengan lagu Deen Assalam dan Sway yang dipopularkan oleh Dean Martin.



  

Sekarang waktu kami pula untuk menikmati hidangan. Kuarahkan anak-anak angklung ke meja bufet dahulu untuk mengambil makanan dan kemudian duduk. Aku? Lapar juga.....setelah berbual-buall dengan Tan Sri yang seronok dengan persembahan kami aku menuju ke meja makan dan meminta Patrina untuk mengambilkan aku mee goreng. Namun setelah kujamah ...rupa-rupanya pasta. Adoyai....hilang selera nak makan. Terus makan pencuci mulut dan kemudian beredar untuk mengemaskan alatan.


Siap berkemas kami keluar dari ballroom dan singgah di ruang yang kosong untuk bergambar. Alhamdulillah, kelengahan kami di sini dapat bergambar denga Tan Sri sekali lagi beramai-ramai. Dapat hadiah lagi dari Tan Sri untuk anak-anak angklung. Hadiah bulann puasa katanya. Terima kasih Tan Sri. 




No comments:

Post a Comment