Monday 18 November 2013

News

Sepanjang bulan November ini...aktivit kelab hanya tertumpu kepada latihan untuk ahli-ahli junior sahaja. Mereka banyak ketinggalan...silap aku juga. Leka dengan senior hingga terlupa kepada anak-anak yang baru lahir tu. Setelah digilap hampir sebulan bakat mereka maka terserlahlah bakat masing-masing, namun banyak yang perlu ditingkatkan. Almaklumlah....mereka perlu mengejar semua dalam beberapa bulan sahaja berbanding dengan senior mereka yang telah dua tahun mempelajari semua lagu sedikit demi sedikit.

So, insyaAllah, bakat-bakat anak-anak kecilku ini akan ditonjolkan bersama-sama senior mereka dalam majlis perkahwinan pada hujung bulan November ini di Stadium Melawati Shah Alam. Apa yang membanggakan kelab ini, kami telah mendapatkan seorang pengganti Yaswan tetapi perempuan, Hanusree namanya. Harap-harap anak kecil ini terus kekal dalam kelab ini. Tampak dah mula mesra dengan ahli-ahli yang lain walaupun hanya dia sahaja yang berbangsa India dalam kelab ini.

Hanusree


Apa-apa pun aku bangga dengan kelab ini....masih teguh berdiri, masih didampingi oleh anak-anakku yang cekal dan tabah dalam mengharungi rintangan meneruskan perjuangan dalam bidang seni ini. Semoga mereka akan terus cekal.....dan akhirnya menjulang kejayaan bersama-sama.


No comments:

Post a Comment