Sunday 20 October 2013

Majlis Graduasi Kolej Vokasional Zon Tengah

18 Oktober 2013, jam 6.30 pagi semua aak-anak angklung diminta berkumpul di sekolah....tetapi jam 7.00 pagi baru boleh bertolak ke MSU oleh kerana salah seorang anak angklung tidak sedarkan diri dari tidur. Sudah terlebey tido baaaaa.....Jalan pun dah start nak jem. Walaupun jauhnya taklah sepelaung dari sekolah tetapi jalan menghala ke sana waktu-waktu begini memang tidak boleh dijangkakan.

Sampai sahaja di kawasan pakir kereta, Uncle Sam pun baharu sahaja sampai. Barang-barang terus dipunggah dan anak-anak angklung diarahkan untuk mengikut Uncle Sam. Setelah tiba dibelakang dewan maka rehearsal pun dijalankan untuk memastikan persembahan berjalan lancar.



Setelah semua mandat diberikan, kami menuju ke cafe untuk menikmati sarapan pagi. Alahai bebudak ni, jalan pun cam makan angin jer....


Mood pagi ni kurang baik.....so tak banyak yang nak dibicarakan. Selesai makan, kami kembali semula ke dewan dan mula bersiap-siap untuk persembahan.



8.45 pagi menuju ke hadapan dewan, bersedia untuk mengiringi VIP masuk ke dalam dewan. Sempat lagi posing sana sini.



Lamanya tunggu....jenuh dah kakiku...kesian anak-anak angklungku terutama yang main jidur tu. Naik bongkok dah kulihat dia memikulnya. Huh....lelaki kan kuat! 9.30 pagi...masih belum nampa bayang....akhirnya orang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Maka bergemalah dewan dengan alunan angkung dan pukulan jidur.


Lagu Inang Cina yang dimainkan kali ini teah diubahsuai agar mudah anak-anak angklung memainkannya. Thank you to Uncle Sam....memang best! Selesai bahagian satu. Bersiap sedia untuk bahagian dua pula.


Kutinggalkan anak-anak angklung bersama dengan Uncle Sam untuk merakamkan persembahan mereka nanti. Mula-mula aku ambil pot kat tepi pentas...alahai kureng menarik plak.



Nampak pula budak-budak kolej ada kat bahagian atas tu ha....aku keluar mencari pintu masuk. Nasib baik ada seorang cikgu membantu, maka dapatlah aku naik ke atas.


Selesai sahaja upacara perasmian dan gimmick maka persembahan angklung dimulakan dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita. Selesai bab dua....anak-anak angklung kembali semula ke belakang. Last mission akan dimulakan apabila sidang pertama selesai. Tiga buah lagu dimainkan iaitu Getaran Jiwa, Sway dan Anak Kampung. Tergoyang-goyang kaki VIP kat atas pentas tu.


Terbaekkk....persembahan aank-anak angklungku....Syabas. Tapi jangan riak, masih banyak kelemahan yang kita tidak nampak. Teruskan dengan latihan dan berusaha untuk tingatkan kualiti persembahan. Hidup angklung....hidup SMK Taman Sri Muda. Kita dah tunjukkan pada mereka semua!

No comments:

Post a Comment