Monday 26 August 2013

Auto Bavaria - Jalan Sg Besi

24 Ogos  2013, persembahan kami di Showroom Auto Bavaria (BMW) Jalan Sg.Besi pada jam 3.30 petang. Ini merupakan persembahan yang kedua pada hari yang sama. Setibanya di sana, kami mengeluarkan alatan dan meletakkan di tempat yang diarahkan.


Sempat juga berposing, berlatar belakangkan gambar kereta BMW.



Setelah siap menyusun atur alatan kami bersedia untuk memulakan persembahan. Lagu pertama - Hingga Akhir Nanti. 1st time dimainkan...malangnya cikgu rakam tah hape-hape tah. Mis rakaman video tu. Tanya Uncle Sam...pun takde rakam. Apa daaaaa!




Selesai persembahan, kami berkemas dan mula menjamu selera. Berehat sambil menikmati juadah hari raya.



Jam 4.30 petang, kami pun bertolak pulang ke Shah Alam....esok kena berada di sekolah jam 6.30 pagi untuk ke PWTC. Jom balik!

No comments:

Post a Comment