Wednesday 24 July 2013

Salam Aidilfitri di KLIA Hari Kesepuluh

Pukul 12.00 tenghari kami bertolak ke KLIA untuk kali kesepuluh. Van Pak Ariffin sudah sedia menanti kami di tepi padang. Tiba di KLIA semua diarahkan ke bilik untuk bersia. Hari ini busana kami berbaju batik, berseluar hitam dan bertudung oren.

Pukul 2.00 petang seperti biasa kami memulakan majlis.






7 buah lagu diperdengarkan kepada tetamu KLIA. Jam 2.30 petang berakhir persembahan kami untuk sesi pertama. Anak-anak angklung dibenarkan membuat aktiviti masing-masing. Sementara menanti persembahan seterusnya, aku lepak depan pentas bersama boss sambil menonton persembahan tarian. Kali ini giliran Aina dan Roziana diajak e pentas untuk memeriahkan lagi persembahan.



Turut sama mengambil peluang bergambar bersama penari-penari.


Jam 4.00 petang semua anak buah dipanggil untuk membuat persiapan. 4.15 petang bergema sekali lagi alunan angklung.





4.45 petang bersiap-siap untuk pulang. Seorang mahasiswa Malaysia yang belajar di Moscow....bertanya macam-macam soalan tentang angklung. Kami memberikan seberapa banyak maklumat yang boleh. Amat berminat nampaknya Mamat sorang ni. Akhirnya kad  nama diberikan kepadanya. Lalu kami pun beredar. Esok hari terakhir kami di KLIA. So.....see you all tomorrow.

No comments:

Post a Comment