Sunday 26 August 2012

Persembahan Sambutan Hari Raya di One Utama

Pukul 11.30 pagi sudah tiba di sekolah. Seperti biasa  Khairul Nizam, Syafika, Yasmin, Amnan serta Aqashah sudah menanti di bangsal sekolah. Mula mengangkat barang-barang angklung ke dalam kereta dan stand untuk dimuatkan ke dalam van Pak Agos. Nasib baik masih awal....bandana tertinggal dalam kereta Satria. Bergegas pulang untuk mengambilnya. Sebaik sahaja tiba di sekolah van Pak Agos sudah sedia menanti dan anak-anak angklung sibuk mengangkat stand masuk ke dalam van. Bagus budak-budak ni.
 
Jam 12.15 tengahari, kami tiba di One Utama, terus pakir kereta di B2. Masih banyak kosong. Alhamdulillah, senang. Tiba di LG OU, terus naik ke tingkat atas untuk membeli tiket wayang cerita Premium Rush. Budak jual tiket tu kata cerita ni best...nak tengok cerita lain lambat pula startnya, nak tengok Expandable 2....tak layak pulak tuk bebudak bawah 16 tahun. Beli jer la. Seat pun masih banyak yang kosong. taklah mendongak kali ni.
 
Anak-anak angklung dilepaskan buat sementara waktu dan berpesan agar kembali semula ke pentas pada pukul dua untuk membuat persiapan. Cikgu? Test, uji, try, test cd yang nak digunakan nanti dengan DJ yang bertugas. Ngam ho! Kemudian duduk berpoya-poya minum teh o ais limau dan makan roti bakar kat Kluang Station...hahahahahahha. Leka berbual masa berjalan pun tak perasan. tau-tau Nizam dah dekat dan bertanya,'Cikgu...nak salin sekarang ke?'. Huh...soklan cepu emas neh!
 
Setelah bersiap maka kami pun membuat sesi penggambaran di belakang pentas.
 




Tok guru datang mengambil CD dan buat sound check di pentas. Sempat juga mengingatkan kami agar naik ke pentas 5 minit sebelum pukul 3.00 petang. Sekali lagi sound check dibuat setelah semua ahli angklung naik ke pentas. Jam 3.00 petang persembahan pun dimulakan. Cis....ada ke DJ kata kami kumpulan Bulola....nampak sangat tak kenal angklung neh! Idea pakaian kami? Semua idea bos!



Lagu dendangan pertama kami merupakan lagu peberet hari raya Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, diikuti pula dengan lagu Dahil Saiyo, Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin, Kenanganku, Release Me, Shanghai Beach, Kaulah Segalanya dan diakhiri dengan lagu Selamat Hari Raya versi caca. Dua lagu dendangan angklung kami disertai penari iaitu lagu Kenanganku dan Selamat Hari Raya. Dah siap upload video nanti linknya akan dipaparkan di sini nanti ya.

Lagu pertama - Dendang perantau


Dendangan kedua - Dahil Saiyo (Lagu Filipina)


Lagu baru kami - Kaulah Segalanya


Selamat Hari Raya Rentak Caca


Lagu Omputih - Release Me


Lagu Cina - Shanghai Beach


Klasik lagu ni - Yek Liang Tai Piau Wo Te Sin


Lagu Kenanganku


Menurut bos persembahan kami ngam-ngam 30 minit. Setelah berhempas pulas menyalin baju dan menyimpan alatan di belakang pentas, kami berhempas pulas naik eskulater...(hahahahaha) ke panggung wayang untuk menonton jam 4.10 petang. Berebut-rebut nak beli popcorn last-last terus masuk panggung. dah duduk baru mereka keluar semula dan beli. Macam-macam!


Cerita habis memang cantik waktunya sebab kami berjanji dengan Pak Agos jam 6.00 petang. Setelah semua anak-anak angklung menaiki van, kami ke pakir kereta yang terletak di B2. Turun di B1 untuk bayar pakir. Kena RM4.00, masukkan duit RM10.00....dipulangkan baki RM6.00 dalam bentuk syiling 50 sen. Adoyai.......! Jam 7.15 tiba di sekolah dan alatan disimpan untuk persembahan esok pagi pula. Setelah anak-anak angklung semua pulang baharulah cikgi ni pulang juga. Yes....selesai tugasan untuk hari ini dengan jayanya tapi nak beraya kat rumah Pak Agos terpaksa dibatalkan sebab dah lewat tiba di Shah Alam.

No comments:

Post a Comment