Program ini dikendalikan oleh Unit Kokurikulum SMK Taman Sri Muda pada 26 April yang lalu di mana semua AJK Tertinggi terlibat dalam aktiviti ini. Joan dan Syafiq dari sesi pagi sementara Dexter dan Eyon dari sesi petang. Namun kelibat kedua-dua ahli sesi petang tak pula aku nampak dalam gambar.
Saturday, 26 April 2025
Friday, 25 April 2025
Majlis Perpisahan PK Petang : Puan Siti Norizan Ibrahim
Persiapan secara adhoc untuk PK Petang kami yang akan berpindah ke SMK Seskyen 18 bermula pada hari Isnin ini nanti. Majlis simple namun penuh dengan keriangan dan kesedihan. PK Petang terharu dengan persediaan yang kami buat. KAW Team sempat memainkan lagu Pamit dan mengiringi PK Petang menaiki Vespa kuning keluar dari dataran. Moga Puan Siti Norizan lebih cemerlang di sekolah baharu.
Tuesday, 22 April 2025
Keputusan SPM 2024
Dua orang anak buah KAW Team iaitu Levialin Jais dan Arif Naufal Asril mengambil keputusan SPM mereka hari ini. Namun tak berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka dan hanya dapat mengirimkan gambar keputusan mereka sahaja di media. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana berjaya mengharungi langkah pertama mereka. Semoga mereka berdua lebih sukses di menara gading nanti.
Saturday, 19 April 2025
Tautan Ukhwah : Dewan Tengku Zara
Tempahan diterima awal tahun dan lagu-lagu pilihan mereka telah pun disediakan. Antara lagu-lagu pilihan mereka ialah Beautiful in White, mengiringi pengantin ke pelamin, Kaulah Segalanya acara salam keberkatan, Betapa Kucinta Padamu khas untuk pengantin. Sementara lagu-lagu lain seperti Komang, Bagaikan Sakti, Joget Cinta Sakti, Joget Usik Mengusik, Bunga Rampai dan lain-lain dimainkan secara santai semasa majlis berlangsung. Sempat juga kami memainkan dua buah lagu Hari Raya iaitu lagu Seloka Hari Raya dan Selamat Hari Raya versi chaca. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar hari ini.
Friday, 18 April 2025
RIMUP Raya 2025 Sesi Pagi dan Petang
Tahun ini RIMUP raya 2025 agak kalut. Mengapa? Aku dahlah guru tingkatan dan disamping menguruskan kelas untuk persediaan sambutan aku juga menjadi AJK untuk persembahan dan pertandingan pada hari tersebut. Nasib baik ada geng, so bahan dan alatan untuk pameran ku transfer sahaja dari blok C ke Blok A untuk kelas aku.
KAW Team hanya memainkan lagu Seloka Hari Raya, lagu yang paling senang aku kira untuk dimainkan oleh para pelapis 2025 bersama-sama senior mereka dan mengiringi Hasya serta Whitney dalam lagu terkini Mimi fly iaitu Serumpun. Walaupun persembahan agak kucar kacir dengan pa sistem yang tidak membantu namun semuanya berjalan lancar. Persembahan tarian daripada kumpulan Seni Kebudayaan juga begitu mengasyikkan.
Thursday, 10 April 2025
Majlis Sekalung Budi Setulus Kasih
Majlis hari ini meraikan 3 orang guru yang paling otai di SMK Taman Sri Muda iaitu Cikgu Mohd Din bin Dollah, Cikgu Manimaran dan Cikgu Booniami. Majlis berjalan secara sederhana. Cuma aku agak kecewa kerana waktu kami memainkan lagu video bertindan dan persembahan kami berkecamuk. Puas menanti untuk buat persembahan untuk anak-anak pelapis 2025. Aku rasa dalam banyak-banyak persembahan yang inilah paling teruk sekali.
Tuesday, 8 April 2025
Perjumpaan Rasmi Bil.1
Perjumpaan kali ini unik kerana ia merupakan perjumpaan rasmi. Malangnya ahli-ahli yang mendaftar dalam kelab ini tidak hadir....menjadi satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru untuk memberi markah kepada mereka ini.Oleh kerana tiada ahli-ahli baharu maka kami meneruskan aktiviti dengan berlatih untuk persembahan pada 10 Aoril nanti di samping mengemaskini papan info kami.