Saturday, 26 April 2025

Kem Kepimpinan

Program ini dikendalikan oleh Unit Kokurikulum SMK Taman Sri Muda pada 26 April yang lalu di mana semua AJK Tertinggi terlibat dalam aktiviti ini. Joan dan Syafiq dari sesi pagi sementara Dexter dan Eyon dari sesi petang. Namun kelibat kedua-dua ahli sesi petang tak pula aku nampak dalam gambar.



Friday, 25 April 2025

Majlis Perpisahan PK Petang : Puan Siti Norizan Ibrahim

Persiapan secara adhoc untuk PK Petang kami yang akan berpindah ke SMK Seskyen 18 bermula pada hari Isnin ini nanti. Majlis simple namun penuh dengan keriangan dan kesedihan. PK Petang terharu dengan persediaan yang kami buat. KAW Team sempat memainkan lagu Pamit dan mengiringi PK Petang menaiki Vespa kuning keluar dari dataran. Moga Puan Siti Norizan lebih cemerlang di sekolah baharu.










Tuesday, 22 April 2025

Keputusan SPM 2024

Dua orang anak buah KAW Team iaitu Levialin Jais dan Arif Naufal Asril mengambil keputusan SPM mereka hari ini. Namun tak berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka dan hanya dapat mengirimkan gambar keputusan mereka sahaja di media. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana berjaya mengharungi langkah pertama mereka. Semoga mereka berdua lebih sukses di menara gading nanti.



Saturday, 19 April 2025

Tautan Ukhwah : Dewan Tengku Zara

Tempahan diterima awal tahun dan lagu-lagu pilihan mereka telah pun disediakan. Antara lagu-lagu pilihan mereka ialah Beautiful in White, mengiringi pengantin ke pelamin, Kaulah Segalanya acara salam keberkatan, Betapa Kucinta Padamu khas untuk pengantin. Sementara lagu-lagu lain seperti Komang, Bagaikan Sakti, Joget Cinta Sakti, Joget Usik Mengusik, Bunga Rampai dan lain-lain dimainkan secara santai semasa majlis berlangsung. Sempat juga kami memainkan dua buah lagu Hari Raya iaitu lagu Seloka Hari Raya dan Selamat Hari Raya versi chaca. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar hari ini.








Friday, 18 April 2025

RIMUP Raya 2025 Sesi Pagi dan Petang

Tahun ini RIMUP raya 2025 agak kalut. Mengapa? Aku dahlah guru tingkatan dan disamping menguruskan kelas untuk persediaan sambutan aku juga menjadi AJK untuk persembahan dan pertandingan pada hari tersebut. Nasib baik ada geng, so bahan dan alatan untuk pameran ku transfer sahaja dari blok C ke Blok A untuk kelas aku.

KAW Team hanya memainkan lagu Seloka Hari Raya, lagu yang paling senang aku kira untuk dimainkan oleh para pelapis 2025 bersama-sama senior mereka dan mengiringi Hasya serta Whitney dalam lagu terkini Mimi fly iaitu Serumpun. Walaupun persembahan agak kucar kacir dengan pa sistem yang tidak membantu namun semuanya berjalan lancar. Persembahan tarian daripada kumpulan Seni Kebudayaan juga begitu mengasyikkan.








Thursday, 10 April 2025

Majlis Sekalung Budi Setulus Kasih

Majlis hari ini meraikan 3 orang guru yang paling otai di SMK Taman Sri Muda iaitu Cikgu Mohd Din bin Dollah, Cikgu Manimaran dan Cikgu Booniami. Majlis berjalan secara sederhana. Cuma aku agak kecewa kerana waktu kami memainkan lagu video bertindan dan persembahan kami berkecamuk. Puas menanti untuk buat persembahan untuk anak-anak pelapis 2025. Aku rasa dalam banyak-banyak persembahan yang inilah paling teruk sekali.














Tuesday, 8 April 2025

Perjumpaan Rasmi Bil.1

Perjumpaan kali ini unik kerana ia merupakan perjumpaan rasmi. Malangnya ahli-ahli yang mendaftar dalam kelab ini tidak hadir....menjadi satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru untuk memberi markah kepada mereka ini.Oleh kerana tiada ahli-ahli baharu maka kami meneruskan aktiviti dengan berlatih untuk persembahan pada 10 Aoril nanti di samping mengemaskini papan info kami.



Thursday, 27 March 2025

Muzik Video Raya 2025

Joan selaku pengerusi kelab mengepalai aktiviti rakaman tahun ini. Kesemuanya berkesempatan terlibat dalam pembikinan musik video raya. Idea dan suntingan semua dilakukan oleh krew-krew senior sementara adik-adik di itingkatan 1 dan dua mamtuhi arahan yang diberikan. Aku hanya menjadi pemerhati dan terlibat di dalam beberapa segmen video tersebut. Thniah....kamu semua memamng berbakat di dalam bidang ini. Teruskan usaha ini hingga kamu mencapai impian. Totonilah video tersebut di  laman sesawang Youtube.












Tuesday, 25 March 2025

Santai Bahasa

25 Mac 2025 kami berkesempatan untuk memperlihatkan kehebatan anak-anak pelapis 2025 kepada rakan-rakan mereka di sekolah. 4 buah lagu didendangkan tetapi hanya dua buah lagu yang dilatih untuk tujuan hari ini iaitu lagu Menjelang Hari Raya dan Balik Kampung. Not bad....walaupun gerak tari berterabur dan alunan angklung juga berterabur. Gemuruh maybe dan mungkin rakan-rakan mengajuk mereka. Cabaran dan pengalaman berharga.



Thursday, 20 March 2025

Latihan Intensif III : Pelapis 2025

Minggu ini cikgu sendiri mengendalikan latihan disebabkan pembantu jurulatih memulakan latihan bekerja. Anak-anak ini boleh memainkan angklung cuma masih belum mahir dalam menggoyangkan angklung mengikut teknik yang betul serta penghayatan lagu yang dimainkan tiada. Banyak lagi yang aku harus bimbing mereka untuk mencapat tahap seperti senior mereka. Alhamdulillah...para senior ringan tangan membantu cikgu sewaktu rehat. Terima kasih kerana membantu cikgu.



Thursday, 13 March 2025

Latihan Intensif II : Pelapis 2025

Latihan masih dikendalikan oleh Fatihah, perkembangan yang sangat bagus dari anak-anak 2025 ini. Banyak lagu yang mereka boleh mainkan dengan baik cuma pergerakan tari masih kekok. Alah bisa tegal biasa, lama-lama oklah tu. Minggu depan menjadi anggungjawab penuh aku melatih mereka pula. Tunggulah dari senior yang free dan boleh datang mengajar.





Tuesday, 11 March 2025

Mesyuarat Agung KAW Team

Mesyuarat kali ini dikendalikan oleh senior KAW Team sementara aku berada di kabin hadapan untuk melihat mesyuarat Kelab Seni Kebudayaan yang dikendalikan oleh Cikgu CT Raxkina dan para senior. Tahniah kepada ahi-ahli baharu moga rajin datang menjalani latihan. 







Thursday, 27 February 2025

Latihan Intensif I : Pelapis 2025

Latihan dimulakan pada 25-27 Feb 2025 bertempat di kabin angklung. Keahlian daripada tingkatan 1 terdiri daripada pelbagai kaum, alhamdulillah. Latihan diketuai oleh Fatihah tahun ini.....teori aku lakukan sendiri sebagai panduan kepada Fatihah untuk kelas akan datang. Not bad at all daripada gaya mereka. Hopefully dapat bertahan lama keahlian mereka.





Thursday, 20 February 2025

Majlis Orientasi dan Suai Kenal Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1

Persembahan dan pengenalan kepada KAW Team kali ini diketuai oleh Cikgu CT Raxkina bersama-sama para senior kelab. Syabas, dalam waktu yang singkat mereka dapat memberikan persembahan yang mantap untuk menarik minat adik-adik untuk menyertai kelab ini.






Tuesday, 11 February 2025

Percutian ke Perak : Hari Terakhir

Hari ini kami checkout dari Onsen Sunway Suite 1711 dan 1712. Kami dengan penug=h semangat menuju ke Muzium Geologi namun perkhabaran duka masih ditutup sebab sambutan Thaipusam. Maka, kami terus bergerak ke Teluk Intan untuk melihat Menara Condong. Dalam perjalanan kami singgah untuk brunch di Kedai Makan Bilal. Tak ramai pelancong diperkarangan Menara Condong maka kami dapat pakir kereta dengan mudah. Selesai melawat dan bergambar kami terus pulang ke Shah Alam dengan gembira.




Monday, 10 February 2025

Percutian ke Perak : Hari Kedua

10 Februari 2025, kembara di teruskan di dalam bandar Ipoh. Kononnya....tetapi melarat-larat jauh keluar dari bandar disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Ada yang tutup ada yang tak beroperasi maka kembara bertukar.


Perjalanan pertama...pergi bekpes dulu la. Kemudian kami terus ke pusat bandar untuk melawat :

1. JWW Birch Clock Tower
2. Lorong Panglima Ipoh
3. Ipoh Old Town/Mural Street
4. Concubine Lane
5. Masjid Perak
6. Masjid Panglima Kinta
7. 2 buah Tokong
8. Muzium Perlombongan Timah
9. Kinta Dredge Tin No.5 & Maze
10. Kelllies Castle
11. Galeri Rumah Lat
12. Taman Rekreasi Gunung Lang
13. Bulatan Sultan Azlan Shah


Sunday, 9 February 2025

Percutian ke Perak : Hari Pertama

 Destinasi kami di hari pertama perjalanan :

1. Gua Tempurung

2. Hobbitoon

3. Tasik Cermin 2

4. Stesen Keretapi Ipoh

5. Kinta Riverwalk





Saturday, 8 February 2025

IEG Campus Graduation Ceremony

Majlis berlangsung di Hotel Mandarin Oriental. Kali ketiga kami berada di sini. Parking di luar hotel sahaja pagi ini. Setibanya di hotel kami terus membuat persiapan mengiring para graduan dan VIP. Setelah itu, kami bersarapan di tepi ruang yang kosong namun mendapat teguran dari staf di situ. Nasib baik kami dah hampir selesai makan. Kami ingatkan tugas kami hanya mengiringi graduan rupa-rupanya pada waktu makan juga. Tapi kami tidak membuat persediaan untuk itu tetapi kami jamukan halwa telinga mereka dengan dua buah lagu iaitu lagu Bunga Rampai dan Tian Mi Mi. Harap mereka berpuas hati dan tenang semasa makan sebab kami mainkan lagu pengantin. 



Wednesday, 22 January 2025

AI Lab Lauching

22 Januari, persembahan kedua dalam tahun 2025 berlangsung di dalam IEG Campus, Kuala Lumpur. Dato Naza yang menjemput kami. Tugasan kami di sini mengiring VIP masuk audiotorium dan mengiringi VIP ke AI Lab untuk merasmikannya. Selain itu, kami menghiburkan para tetamu sebelum dan selepas majlis berlangsung. Kami memulai persembahan dengan lagu Mentera Semerah Padi dan diakhiri dengan lagu My Heart Will Go On Remix. First time dalam persembahan kami kalil ini, kami pulang dengan tepukan daripada para pendengar dan tetamu. Terima kasih Dato Naza kerana menjemput kami.




Wednesday, 15 January 2025

Banner 2025

Sudah 2 tahun banner kelab tidak ditukar dan masih memaparkan mantan-mantan pentadbir. Maka hari ini 15 Januari 2025, kami menukar banner kelab kepada yang baharu.









Saturday, 11 January 2025

Pasar Gadis : Pasar Seni




Permulaan tahun 2025, kami menggorak langkah ke Pasar Seni, Kuala Lumpur. Agak gila juga nak ke sana, memang jem dan parking pun susah. Kamia turunkan anak-anak angklung di hadapan Pasar Seni dan kami akhirnya berpusing satu KL untuk ke bangunan Dayabumi untuk memakirkan kereta kami. Setelah selesai urusan kami menjamu selera di kedai makan yang terletak di dalam Pasar Seni tersebut. Seramai-ramai umat di dalamnya. Agak rimas juga aku.

Persembahan kami mulakan pada jam 3.15 petang. Speaker buat hal la pulak tak up sound dia. Bunyi angklung yang kuat pula. Namun anak-anak angklung dapat memberikan persembahan yang terbaik hari ini walaupun ada 10 orang sahaja. Tahniah dan syabas kepada Patrina selaku pemimpin untuk persembahan hari ini.

Kami bergerak polang jam 5 petang setelah dijamukan dengan minuman oleh Shuhada yang menguruskan kami petang ini. Jangan serik untuk menjemput kami lagi ya.






Friday, 10 January 2025

Glamer Amplify

Pada 8 dan 9 Januari 2025, gabungan guru sesi petang telah mengadakan latihan untuk persembahan di Majlis Makan Malam yang akan di adakan pada 10 Januari bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Guru-guru yang terlibat ialah Cikgu CT Habibah, Cikgu Saravanan, Cikgu Salina, Cikgu Affiza, Cikgu Nadhirah, Cikgu Asnur, Cikgu Sivagamy, Cikgu CT Raxkina dan aku sendiri sebagai jurulatihnya. Di saat-saat akhir Saravanan tidak boleh hadir disebabkan parents tidak sihat dan tempatnya digantikan oleh Cikgu CT Raxkina. Walaupun begitu kumpulan ini dapat memberikan persembahan yang memberangsangkan. Tahniah cikgu-cikgu!