Tuesday, 31 December 2024

Selamat Maju Jaya Calon SPM 2024/2025

 


Umairah, Farhanis, Levialin Vivian dan Arif Naufal yang dikasihi,

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Setelah berbulan-bulan belajar dan berusaha keras, kamu semua kini berada di ambang kejayaan. Jangan takut atau rasa gentar; percayalah pada diri sendiri dan kemampuan anda.
Berikan yang terbaik dan lakukan dengan sepenuh hati. Ingatlah, usaha kamu semua selama ini akan membuahkan hasil yang setimpal. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan usaha anda. Kami semua di sini mendoakan kejayaan anda dan sentiasa di belakang untuk memberi sokongan.
Anda mampu melakukannya!
Selamat maju jaya dan semoga berjaya dalam peperiksaan SPM ini!

Sunday, 29 December 2024

Majlis Tautan Ukhwah : Dewan Komuniti, KL

Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh Uncle Sam namun Patrina dan Saiful Azimm tonggak utama mengawal 10 orang ahli KAW Team yang terlibat. Nanep turut sama menjadi driver menghantar mreka ke sana. Pelbagai pesanan penaja kami beri dari jauh kepada mereka. Alhamdulillah, persembahan berjalan lancar juga. Tiada apa yang dapat nak aku ceritakan disini. Biarlah gambar berbicara.






Sunday, 22 December 2024

Majlis Tautan Ukhwah : Dewan AlHafiz

Persembahan kali ini dikendalikan semuanya oleh Patrina dan Saiful Azim. Pagi ini aku hanya sempat menghantar mereka dan melambai pergi. Alhamdulillah...persembahan mereka mendapat sambutan dan ada yang bertanya. Lagu Salam Kasihku mendapat perhatian mereka kali ini. Tahniah kepada 10 ahli KAW Team!






Friday, 20 December 2024

Majlis Anugerah Kualiti 2024

Tahun ini hampir keseluruhan anugerah Kokurikulum dikuasai oleh Kelab Angklung Wariseni dan elab Seni kebudayaan. Berbaloi setelah hampir 15 tahun aku berkecimpung dalam bidang ini dan tahun ketiga dalam Kelab Seni Kebudayaan. Tahniah kepada Syafiq Ikram, Charnnica Inson, Levialin Jais, Nur Farhanis Nazira dan Amar Hakimie kerana turut sama menerima anugerah pada hari ini. Cikgu dan Cikgu CT penerima Anugerah Pengetua pada tahun ini. Alhamdulillah....









Tuesday, 10 December 2024

Konvensyen Tunas Niaga (PROTUNe) 2024

Mendapat jemputan adhoc pada petang hari Isnin daripada puan Linda. Berebut-rebut aku meminta Syafiq Ikram menghubungi ahli-ahli kelab dan aku dapat mengumpulkan 13 orang pemain angklung termasuklah ex Nadia Sofea. Tugasan kami senang sahaja hari ini iaitu mengiringi VIP dan mendendangkan 2 buah lagu sewaktu rehat antara penyampaian sijil dan anugerah.Bekpes pun ada makanan siap pek dalam lunch box yang cantik. Rezeki anak-anak angklung hari ini. Kami dapat menyempurnakan tugasan dengan baik walaupun raptai secara adhoc juga. Moga mereka tidak serik untuk menjemput kami ilagi nanti. Syukur....majlis berjalann lancar hari ini.






Saturday, 7 December 2024

Majlis Tamat Program Bermodul PKNS

Majlis dilaksanakan di Dewan Aster IBu Pejabat PKNS di seksyen 14 berhadapan dengan Komple Alam Sentral. Mereka sudah lama menjemput kami ke sana dan tugasan kami di sana mengiringi VIP, persembahan selingan penyapian sijil dan sewaktu mereka menikmati hidangan tengahari. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih PKNS kerana memberikan kepercayaan kepada kami hari ini. Moga ada kesinambungan hubungan antara PKNS dan Kelab Angklung Wariseni.









Monday, 2 December 2024

SIBF 2024

Hari ini aku lone ranger sahaja ke Setia City Convention Centre dengan 13 orang anak-anak angklung. Pak Agos tetap menjadi teman setia membawa kami ke sana. Kami akan memainkan angklung di ruang foyer dewan. Patutnya kami mula bermain pada jam 12.00 tenghari namun disebabkan sudah ramai pengunjung duduk di hadapan pentas maka kami mulakan seawal jam 11.45 pagi. Sebanyak 15 buah lagu kami dendangkan pada hari itu dan selebihnya kami dendangkan di luar dewan bersama-sama kumpulan Pok Deng.






Sunday, 1 December 2024

Tautan Ukhwah : Hakim dan Alia

Majlis anak Pak Gos yang berlangsung di Dewan Teratai pada 1 Disember 2024. Kami yang mengawasi perjalanan majlis bersama-sama emcee of the day dari mengiringi pengantin ke pelamin sehinggalah majlis bergambar. Kecuali potong kek dan salam restu kami serahkan pada emcee sepenuhnya. Kesemua 20 lagu yang kami sediakan pada hari tersebut dapat kami mainkan walaupun banyak kali kami berhenti rehat. Terima kasih kepada Pak Agos kerana meletakkan kepercayaan kepada kami untuk menguruskan majlis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.