Friday 30 August 2024

Silang Budaya Malaysia Jepun : Bengkel Angklung

Sampai awal di SJKL pagi tu, terus menurunkan anak-anak angklung dan pakir kereta di bawah sekolah. Segala maklumat pakir telah diuruskan oleh Puan Hiromi Kasai, guru muzik di sekolah tersebut. Kami memulakan bengkel dengan mengajar murid-murid dari darjah 3, 4, kindergarten, darjah 1 & 2 dan akhir sekali darjah 5 & 6. Aku menggunakan kaedah baharu yang dipelajari semasa Silang Budaya Malaysia Indonesia di UPSI iaitu GALUNG. Kaedah ini telah dikongsikan oleh Adi Sumarwan, salah seorang pelatih angklung yang mahir di Indonesia. Terima kasih kepada beliau. Hanya sebahagian murid sahaja dapat kuberikan cenderamata replika angklung. Di akhir sesi kami bregmabar bersama-sama pengetua sekolah tersebut dan menerima sijil penghargaan.






Tuesday 27 August 2024

Kelas 4 : Bengkel Angklung PPKI SMK SS17

Hari ini aku cuba menggunakan kaedah Galung yang diperkenalkan kepada kami sewaktu menyertai Silang BUdaya Malaysia Indonesia di UPSI. Lagu yang digunakan agu Burung Kakatua. Kaedah ini telah dikongsikan oleh jurulatih angklung di Indonesia yang bernama Adi Sumarwan (Jei). Sempat juga melatih anak-anak angklung PPKI dengan lagu Jerat Percintaan. Harap mereka dapat membawa lagu ini dengan baik nanti.







Thursday 22 August 2024

Bengkel Angklung 2024

Pada 20 sehingga 22 Ogos 2024, kami baharu berkesempatan mengadakan bengkel angklung khas untuk anak-anak angklung tingkatan 1 dan 2. Di dalam aktiviti ini ahli-ahli senior dari tingkatan 4 menjadi mentor memahirkan adik-adik kemahiran menggoyangkan angklung sambil menggerakkan badan mengikut irama. Di akhir bengkel kami mengadakan sedikit jamuan ringan untuk meraikan k ejayaan peserta yang hadir dan juga menyambut ulangtahun ahli-ahli dari bulan Januari sehinggalah Ogos 2024.



Thursday 8 August 2024

Majlis Perhimpunan Bulanan JPN Selangor

Hari ini kami terlibat dalam majlis bulanan yang dianjurkan pleh JPN Selangor. Kami hanya mendendangkan 2 lagu selepas gimik teater oleh Cikgu Hakim. Lagu Warisan dan Jalur Gemilang menjadi pilihan mereka. Semalam kami dah tengok pentas dan keluasannya, hari ini berlaku perubahan. Mulanya kami akan masuk dari belakang pentans dengan lagu Warisan namun diakhirnya kami masuk di bahagian depan selepas daripada pementasan teater pendek. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.











Monday 5 August 2024

Penyampaian Hadiah dan Sijil Pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Madani

Dua orang pemain angklung dalam pertandingan ini iaitu Nor Syafiq Ikram Sulaiman dari 3 Cempaka dan Fenna Julin@Gilbert dari 3 Orkid diberiperhargaan sekali lagi di sekolah untuk menerima trofi dan sijil sebagai naib juara dalam pertandingan tersebut yang diadakan di Karangkraf pada 27 Julai yang lalu.