Monday, 2 June 2025

Pasar Seni : Pesta Muda Mudi

Hari ini Nanep dan Cikgu CT menemani 14 orang ahle kelab angklung ke Pasar Seni bertemakan Pesta Muda Mudi : Pak Maun...hahahaha. Baju kotak-kotak merah putih dan hitam serta baju Saloma merah untuk perempuan. Alhamdulillah berjalan lancar walau pada mulanya sistem audio tidak memberika kerjasama yang baik diawalnya.



















Wednesday, 28 May 2025

Sambutan Hari Guru dan Majlis Sanjungan Budi

Dalam majlis hari ini eranan kelab angklung hanya meraikan Puan Siti Norizan dengan lagu yang bertajuk hujan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mengiringi perpisahan beliau ke SMK Seksyen 18 buat kali kedua. Lain-lain persembahan dikuasai oleh ahli-ahli Kelab Seni Kebudayaan dan kumpulan nasyid sekolah menutup majlis.











Sunday, 25 May 2025

Festival Hari Bandung Kota Angklung

Setiap tahun tanggal 25 Mei, Bandung akan diraikan sebagai Kota Angklung. Kamu juga turut meraikannya walaupun jauh di Malaysia secara atas talian. Terima kasih kepada Encik Gilang kerana membantu kami dalam penyiaran video kami semasa festival diraikan. Alhamdulillah.










Saturday, 26 April 2025

Kem Kepimpinan

Program ini dikendalikan oleh Unit Kokurikulum SMK Taman Sri Muda pada 26 April yang lalu di mana semua AJK Tertinggi terlibat dalam aktiviti ini. Joan dan Syafiq dari sesi pagi sementara Dexter dan Eyon dari sesi petang. Namun kelibat kedua-dua ahli sesi petang tak pula aku nampak dalam gambar.



Friday, 25 April 2025

Majlis Perpisahan PK Petang : Puan Siti Norizan Ibrahim

Persiapan secara adhoc untuk PK Petang kami yang akan berpindah ke SMK Seskyen 18 bermula pada hari Isnin ini nanti. Majlis simple namun penuh dengan keriangan dan kesedihan. PK Petang terharu dengan persediaan yang kami buat. KAW Team sempat memainkan lagu Pamit dan mengiringi PK Petang menaiki Vespa kuning keluar dari dataran. Moga Puan Siti Norizan lebih cemerlang di sekolah baharu.










Tuesday, 22 April 2025

Keputusan SPM 2024

Dua orang anak buah KAW Team iaitu Levialin Jais dan Arif Naufal Asril mengambil keputusan SPM mereka hari ini. Namun tak berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka dan hanya dapat mengirimkan gambar keputusan mereka sahaja di media. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana berjaya mengharungi langkah pertama mereka. Semoga mereka berdua lebih sukses di menara gading nanti.