Sunday, 1 April 2018

Pesta Teh Tarik 3 (Konsert Amal Kasih)


Setelah berehat sebentar di rumah Cikgu Siti dan mengumpul sedikit tenaga untuk meneruskan perjuangan malam ini, kembali semula ke sekolah. Berjanji dengan anak-anak angklung sebelum Maghrib sudah ada di sana. Berpandukan kepada waze menuju ke lokasi yang diberikan. Allah..sampai kat mana kami ni....dibawa ke kawasan sekolah pula. Salah lokasi rupanya. Berpatah semula dan menuju ke jalan yang benar kali ini. Sampai sahaja di sana...macam berjanji pula ada satu pakir untuk kereta aku. Terus masuk dengan tenang dan kemudian mengeluarkan alatan. Menuju ke khemah yang ada di tepi pentas dan suai kenal dengan orang p.a sistem untuk menguruskan lagu-lagu persembahan.

Datuk Nash dan Zarith

Isa Handy Black

Jimmy Screen
Mael XPDC

Ramai artis-artis otai di sini malam ini sempat kami bergambar dengan artis-artis ini. Seronok sakan anak-anak angklung. Persembahan mereka juga malam ini mendapat tepukan gemuruk dari penduduk Taman Sri Andalas dan juga para artis. Terubat luka siang tadi. 

Lewat kami pulang malam ini. VIP yang dinanti tidak sampai tepat pada masa kerana tayar keretanya pancit di tengah jalan. Sementara menanti VIP sempat juga angklung aku  patah. Alahai budak.....budak. Jam 12.00 tengah malam baharu aku sampai rumah hari ini. Kali ini biarlah gambar sahaja yang berbicara. Keletihan melanda.



No comments:

Post a Comment