Sunday, 8 April 2018

Hari Tanpa Kenderaan MBSA - II

Mendapat jemputan sekali lagi daripada MBSA untuk bersama-sama meraikan Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Jam 6.15 pagi kami bertolak menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kemudian bersiap-siap untuk ke dataran. Jadual persembahan kami di awalkan pagi ini iaitu jam 8.00 pagi katanya, namun setelah sampai di pentas , rupa-rupanya jam 8.30 pagi. Tak kisahlah, kami dah sampai dan dah sedia, alhamdulillah. 



Sarapan pagi hari ini meehun goreng sekali lagi dan air mineral. Persembahan kami selama setengah jam sahaja dan kami sempat memainkan 6 buah lagu. Minggu lalu hanya 3 sahaja. Hari ini ditemani dua orang pemain junior iaitu Patrina dan Brett. Persembahan berjalan lancar pagi ini. Setelah selesai dan mendapat payment kami terus bertolak ke Cyberjaya Lake View, ada persembahan di sana pula.



No comments:

Post a Comment