Sunday, 1 April 2018

Majlis Perkahwinan Iqbal dan Salmi


Sekali lagi bergerak ke Presint 16 menuju ke Dewan Komuniti untuk membuat persembahan dalam satu majlis perkahwinan. Perjalanan tidaklah mengambil masa yang lama. Kami sampai selepas 45 minit perjalanan. Tersangkut sedikit sahaja dalam perjalanan. Parking untuk van sudah disediakan khas sementara Kia aku terpaksa pakir di bawah. Hairannya, kami masuk taklah ke dalam sangat tetapi bila keluar nun kami berada kat ujung dunia.

  


Persiapan dibuat terus dan anak-anak anklung bersiap-siap kemudian mendengar taklimat daripada Uncle Sam. PA System tak siap juga lagi...masih kosong mejanya. Lalu kuarahkan anak-anak angklung makan dahulu. Hari ini persembahan kami akan suram kerana sound system amat teruk sekali. Musik latar tidak dapat dimainkan ....kesalahan? Entahlah, budak sistem tu kata aku copy lagu tak betul. Padahal aku selalu guna lagu-lagu tu untuk persembahan dah enam tahun aku guna.

 

Hanya beberapa lagu kami mainkan, sungguh..aku tak puas hati menyebabkan nak makan dan minum pun tak lalu. Setelah selesai mengiringi pengantin kami pun bersiap-siap untuk ke Wangsa Walk Mall pula. Ada perjanjian untuk membuat persembahan di sana sempena Promosi Jom Kahwin. Tinggalkan Dewan Komuniti dengan perasaan yang tidak senang.

  

No comments:

Post a Comment