Sunday, 8 April 2018

Maple Resident Lauching

Berpandukan waze menuju ke Cyberjaya Lake View, Aku tak tahu mana tempatnya, sesat waze sesatlah aku. Perjalanan mengikut waze hanya 30 minit sahaja. Bertembung dengan Uncle Sam dipersimpangan jalan. Jalan ke sana agak sunyi oleh kerana masih dalam pembangunan, berhabuk-habuk plak tu. Nasib baik drive Kia. Cuaca sungguuh panas, anak-anak angklung berteduh di bahagian hadapan rumah contoh, kupanggil untuk bergambar untuk menghilangkan rasa boring dan panas.

 

Masih tidak tahu lokasi persembahan, aku dan Siti keluar sebentar untuk mencari makanan dan minuman untuk anak-anak angklung. Memang mereka kehausan. Kutingglkan mereka dengan Uncle Sam. Katanya persembahan akan bermula pada pukul 12.00 tengahari, sekarang baharu pukul 10.30 pagi, masih ada banyak masa untuk bersantai melihat persekitaran tasik ini. Terjumpa kedai mamak, konon nak makan roti canai, namun slow la punya servis membuatkan kami makan di Burger King. Walaubagaimana pun kami menempah roti canai take away untuk anak-anak angklung.

Bertolak pulang ke Maple Resident dan kelihatan anak-anak angklung seronoknya bermain buih sabun dan bergelongsor di tempat permainan. Kuajak mereka untuk makan roti canai, dah la, pinggan takde, mangkuk takde, makan macam orang setinggan la nampaknya.


Pukul 12.00 tengahari baharulah kami bergerak ke khemah yang disediakan dan bersedia untuk menghiburkan para pengunjung. Panas.....alhamdulillah kipas berair sejuk disediakan. Tak la panas anak-anak angklung. Persembahan mereka hari ini alhamdulillah berjalan lancar, mereka nampaknya menghayati setiap persembahan yang dibuat.

  

Penutup persembahan kami memainkan lagu My Heart Will Go On siap aksi sekali. Wah...emua berkerumun untuk melihat. Mereka kata tak pernah  melihat persembahan angklung seperti ini. bangga sekejap. 


Jam 4.00 petang, kami beredar pulang ke Shah Alam. Syukur, kedua-dua sesi persembahan terbaik hari ini.


No comments:

Post a Comment