Friday, 27 April 2018

Putrajaya 2018 Arbor Day

Mendapat jemputan daripada Jabatan Lanskap Putrajaya untuk membuat gimik perasmian majlis. Nasib baik aku ulang baca. Rupa-rupanya majlis ini diadakan pada waktu pagi. Haji Ismail membawa kami ke sana dengan menaiki JinBei Pak Agos. Dua orang anak angklung terpaksa aku tinggalkan.....sebab? Sorang tu Fatihah tinggalkan...siapa? Rismawati....sian dia.....sorang lagi Maisarah. Budak pelapis tingkatan 1. Aduhai..kan cikgu dan pesan tepati masa. Inilah kelab angklung ya anak-anak. Perjalanan lancar dan kami sampai ke Taman Wawasan sebelum pukul 7 pagi. Memakirkan kereta dan membiarkan Cikgu Siti mengendalikan anak-anak angklung bersolek.


Ronda-ronda dan bergambar sementara menanti majlis dimulakan menjadi aktiviti utama kami pagi ini di Pebbles Beach Taman Wawasan ini.

  

9.30 pagi gimik pelacaran program pun dimulakan. Aduh..memacam gaya....salah la plak. Lantaklah Labu. Then kami gi sarapan. Nasi lemak dan kuih-muih. Air teh O. Alhamdulillah.

  



Kami hanya dapat membuat persembahan sebuah lagu sahaja hari ini. terdapat kekliruan dalam penggunaan pa system. Tak mengapa.....next time kami akan buat lebih lagi ya, jangan lupa jemput kami lagi. Terima kasih daun keladi.

  

Sempat kami singgah di Taman Warisan Pertanian untuk menikmati ABC...Uncle Sam belanja hari ini. Alhamdulillah.

  

No comments:

Post a Comment