Saturday, 14 April 2018

Majlis Anugerah Cemerlang

Kelab Angkkung Wariseni diberikan mandat sekali lagi untuk mengiringi VIP ke Dewan SMK Taman Sri Muda dari Bilik Anggerik. Hari ini hanya pemain-pemain tingkatan 1 dan 2 sahaja yang memberikan persembahan dan ditemani oleh Kak Long mereka Fatihah. Faris menjadi jurukamera pagi ini. Brett tidak hadir sampai ke sudah, mana pergi ya budak ni, telefon atau hantar message pun tak ni. Menjalani latihan sebentar di hadapan bilik angklung sebelum bergerak ke dewan.


8.30 pagi anak-anak angklung mula mengiringi VIP ke dewan. Pukulan pertama Doreen, masih belum mantap lagi, namun membanggakan.



Menanti pula untuk persembahan selepas ucapan perasmian. Pelbagai nasihat dan peringatan diberikan sebelum memulakan langkah ke dewan. Harap-harap mereka ingat.



Berakhir persembahan, kami berebut pula merakam aksi tersendiri di dataran. Lihatlah.....

  

  



No comments:

Post a Comment