Sunday, 22 April 2018

Big Band Special Olympic Charity Concert

Ke Dewan Tunku Canselor UM kami hari ini tanpa senjata utama kami angklung. Hari ini kami hanya menjadi penonton kepada persembahan charity di sini. Menggunakan khidmat Uncle Sam untuk membawa anak-anak angklung lelaki sementara aku dan Cikgu Siti membawa dua orang anak-anak angklung perempuan. Tak ramai yang mengikut kami hari ini hanya 3 orang teruna Fitri, Riezwan dan Ehsan dan 2 orang anak dara Hazni dan Fatihah. Sampai sahaja di UM kami berposing sakan. Aku mula cuak bila Siti kata pakai jeans tak dibenarkan masuk ke dalam dewan...sudah ...jadi penunggu aku kat luar ni nanti.

 

  

Jam 2.40 petang, kami masih berlegar-legar di ruang lobi dewan dan tak lama kemudian kami dibenarkan masuk ke dalam menggunakan tiket yang telah diberikan lebih awal tadi. Sejuk...selesa sedikit. Kami mengambil tempat duduk di barisan belakang sekali tetapi betul-betul mengadap pentas.

  

Sepatutnya persembahan dimulakan pada pukul 3.00 petang, tapi tak taulah apa yang menyebabkan kelewatn bermulanya konsert ini. Lewat setengah jam kemudian baharulah kedengaran gema di dalam dewan. Konsert telah dimulakan. Roy...penyanyi rock Ratnaku...mejadi penyanyi latar sepanjang konsert ni, namun tak berkesempatan bergambar dengan beliau. Pelbagai lagu didendangkan dan lagu-lagunya semua evergreen, jazz. Tan Sri Azman yang banyak menyanyikan lagu dalam konsert ni.


Adalah kumpulan guru yang dinamakan Teachers to Go menyanyikan lagu Simply the Best nyanyian penyanyi rock warga emas Tina Turner. Menarik.....


Persembahan berakhir jam 5.30 petang, kami mengambil kesempatan bergambar di atas pentas dan bersama-sama konduktor orkestra. Jika ada rezeki bulan Julai nanti dapatlah angklung bersama-sama orkestra ini membuat konsert di sini sekali lagi.





No comments:

Post a Comment