Monday, 25 July 2016

LADAP Angklung

Semangat baru di tahun 2016. Guru penasihat kelab semakin ramai...3 orang di sesi pagi dan 2 orang di sesi petang. Hari ini.. 25 Julai 2016 buat pertama kalinya kelab mengadakan ladap angklung untuk guru-guru penasihat kelab. Tahniah kepada guru-guru kerana hadir dan menimba ilmu baru. Serta kepada Encik Sam Mat Kous yang sudi memberi tunjuk ajar kepada guru-guru ini. Walaupun hanya 2 jam tapi sudah cukup memadai. Banyak pengetahuan yang dapat ditimba oleh mereka. Nampak semuanya teruja dan bersemangat. Saka yang akan diwariskan kepada mereka.






Dapat juga mereka memainkan lagu Twinkle Twinkle Little Star setelah mencuba beberapa kali dan akhirnya berjaya memainkan lagu tersebut dengan baik. Tahniah. 


Sebelum mengakhiri latihan sempat juga dimemorikan segala kenangan bersama.



Friday, 22 July 2016

Sambutan Aidilfitri IJM Land Bhd (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Hari ini kami dijemput untuk membuat persembahan di IJM Land Bhd yang terletak di Petaling Jaya. Pada jam 2.00 petang, kami anak-anak angklung dah berkumpul di bangsal sekolah, menantikan kehadiran van untuk bergerak ke sana. Setibanya kami di sana, kami bergerak ke khemah majlis, membuat spacing di pentas dan pergi ke bilik yang disediakan oleh pihak IJM untuk menyimpan angklung.



 

Memandangkan kami tiba terlalu awal, kami hanya menunggu dalam ruangan tersebut. Sempat juga membantu abang Remy untuk mencucuk bunga di pasu hiasan.


Beberapa jam berlalu, pemuzik-pemuzik gamelan dah membuat persembahan, dan kami bersiap sedia apabila majlis beralih ke cabutan bertuah. Tiba masa kami untuk membuat persembahan, pengacara memperkenalkan kami kepada penonton dan kami mendapat tepukan yang gemuruh. Sememangnya ia memberi semangat untuk kami bermain angklung dengan sebaik mungkin.





Selesai persembahan, kami meletakkan angklung kami di dalam bilik dan pergi makan. Kelaparan kami akibat menunggu terlalu lama. Dapat la juga merasa makanan yang disediakan di sana. Memang sedap!



Sesudah makan, kami mengemas barang dan balik ke sekolah. Dapat tahu juga persembahan kami took them by surprise bila kami bukan setakat main angklung sahaja tapi menari sekali. Jangan disangka angklung digoyang tiada step hehehe. Sekian nukilan hari ini.



Wednesday, 20 July 2016

Sambutan Hari Raya di USIM (PERKAMA International)

Hari ini kami telah dijemput untuk membuat persembahan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai. Seawal jam 7.30 pagi, kami anak-anak angklung telah berkumpul di sekolah dan terus bergerak ke destinasi.



Sampai saja di USIM, kami menyiapkan diri dan terus menyediakan 'pentas' kami. Kemudian menconteng muka kami sebelum mempotretkan gambar kami seperti biasa di hadapan dewan kuliah ni.


Setelah semuanya telah bersedia, kami hanya menunggu sehingga VIP hadir di meja makan. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami bersedia untuk membuat persembahan. Posing lagi!


Duduk semula setelah lama menanti peserta bengkel tidak keluar-keluar dari dewan. Hampir pukul 12.00, hampir pukul 12.00 tengahari baharu mereka dan VIP keluar dari dewan untuk makan pada sesi pertama. Sarapan pada pukul 12.00 tengahari? Kami terus memulakan persembahan dengan mendendangkan lebih kurang 10 buah lagu.



Kemudian kami pula berhenti berehat untuk makan. Yey makan! Baru nak breakfast juga setelah menelan air mineral, 100 plus dan teh limau berbotol-botol pagi tadi.


Selesai makan, kami menunggu lagi untuk sesi kedua. Memang kerja kami menunggu aje huhu.. Sebaik sahaja sesi kedua bermula, ada yang asyik tanya kami dah makan ke belum. Siap beri tawaran kalau kami nak makan lagi atau tidak. Betapa penyayangnya mereka terhadap kami huhu terima kasih.




Pada pertengahan persembahan, ada VIP meminta kami untuk memainkan lagu 'Ayam Den Lapeh'. Kami dengan senang hati mengabulkan permintaan beliau. Sayangnya tiada mikrofon, kalau ada VIP tersebut nak menyanyi bersama.

Sesudah persembahan, kami makan lagi. Kenyang anak-anak angklung hari ini. Selepas itu, kami mengemas barang untuk pulang ke sekolah. Kami sempat juga dapat duit raya dari Datuk. Terima kasih! Sekian sahaja nukilan hari ini.

Program Dusun Komuniti (Anjuran MBSA)

Merancang iring VIP mengejut dengan Malisa depan Bilik Damainya. Terus jadi dan memanggil Cikgu Wani untuk mengumpulkan anak-anak angklung dan diberikan latihan ringkas untuk mengingat semula skor lagu Inang Cina. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan Cik Wani menguruskan mereka. Inilah telatah anak-anak angklung senior bersama-sama rakan-rakan sekolah mereka.









Saturday, 16 July 2016

Malaysia International Children's Choral Festival 2016

Kami telah dijemput untuk membuat persembahan di Teater Shah Alam sempena Malaysia International Children's Choral Festival 2016.


Dengar je perkataan international dah buat kami rasa berbangga kerana dapat bersama memeriahkan majlis tersebut. Oleh kerana ianya antarabangsa, pakaian kami bertemakan multiracial. Seronok dapat merasa memakai pakaian dari bangsa-bangsa lain.


Tepat pukul 7.00 pagi, kami anak-anak angklung sudah ada di sekolah kecuali Ehsan dan Fazli. Bangun lambat la tu ish ,,, ish. Selepas beberapa minit menunggu mereka berdua yang masih tidak tiba juga, kami bergerak ke Teater Shah Alam tanpa mereka kerana tidak mahu terlewat dari masa yang ditetapkan. Mereka berdua diarah untuk bergerak ke sana dengan kenderaan sendiri. Nasib teater tu dekat je, kalau tak memang habis mereka berdua ditinggalkan.

Setibanya kami di sana, kami bertungkus lumus menyiapkan diri dan menyediakan stand dan angklung masing-masing di pentas. Ehsan sempat datang ke teater walaupun lewat dan tidak ada berita tentang Fazli. Ish ish ish lagi. Memandangkan kami hanya diberitahu bahawa persembahan kami pada waktu pembukaan majlis, kami bersiap sedia awal-awal dan menunggu arahan daripada mereka sahaja.


Waktu kami membuat sound check, tiba-tiba kami diarahkan untuk mulakan persembahan. Aik? Dah boleh mula? Rupa-rupanya persembahan kami untuk selingan majlis sahaja. Semangat kami untuk bermain berkurangan tetapi tidak apa lah, kerja tetap kerja, kami teruskan saja.


Selesai persembahan, kami dilepaskan untuk bersarapan di kafe dan dibenarkan untuk menyaksikan majlis tersebut berlangsung sementara menunggu persembahan kami yang kedua. 


Pasukan-pasukan koir dari negara Malaysia, Filipina, Indonesia, India, Jepun, dan Vietnam bertanding dengan alunan suara yang harmoni dan kreativiti masing-masing. Yang menariknya apabila salah satu pasukan Malaysia menyanyikan lagu tentang buah-buahan. Buah pun boleh buat lagu!



Pada waktu rehat majlis tersebut sebelum diteruskan ke sesi yang kedua, kami diarahkan untuk bermain angklung. Entah kenapa rasa berdebar pula, mungkin kerana dewan tersebut dah dipenuhi dengan penonton dari luar negara. Fazli sempat hadir untuk persembahan kedua. Terlajak tidur budak ni.



Pabila pengacara majlis berbicara menandakan berakhirnya persembahan kami, kami kemas barang dan menunggu van tiba di luar teater. Itu sahaja coretan saya kali ini. Jumpa lagi~




Liputan oleh Malaysia Hari Ini di TV3.


Sunday, 10 July 2016

5th Raya The Garden (Siri Jelajah Angklung 1Malaysia 2016)

Setelah beberapa hari beraya di kampung halaman, kini saya kembali berbakti kepada angklung untuk persembahan hari ini. Setelah berangkat daripada sekolah, kami menuju ke The Garden Mall buat kali terakhir, tempat yang telah menjadi 'kampung' kepada komrad-komrad angklung yang bertugas pada hari raya pertama dan kedua. Apa salahnya, sekali sekala merasa beraya di mall hehe. Pabila stand sudah ditegakkan, angklung berada di tempat masing-masing, sudah tiba masanya untuk kami bersiap sedia dengan pakaian kami yang serba serbi gaya istana. Rupa kami seperti anak-anak sultan dan dayang-dayang yang turun dari kayangan hahahahahah perasan kejap.




Selesai bersiap, kami ber "we-fie" !


Dengan masa yang terluang, kami singgah di Subway untuk minum sementara menunggu waktu berdetik pukul 2 petang untuk persembahan kami. Salah sorang kembar kata, "Boleh rifell". Punya la fikir apa benda yang nak di-refer, rupanya dia maksudkan "refill". Sekali refill dicas RM1. Yang dah refill rasa menyesal sebab tanak bayar RM1 hahaha kesian.


Sudah menyejukkan diri dengan ice lemon tea, kami bergerak ke pentas rata itu dan bersedia untuk memulakan persembahan.


Di pertengahan persembahan sementara kami menunggu lagu seterusnya dimainkan, seorang budak perempuan kecil mengedarkan duit raya kepada kami semua. Mak dia bagi katanya. Terima kasih puan! Anak puan comel! Hehe semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga.



Sebelum mengakhiri persembahan, kami sempat beramah mesra dengan para penonton.



Sekian sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi di show seterusnya!