Di bawah naungan event yang lain dari biasa di sini. Sesampai di sana agak suram suasana, orang tidak ramai. Maybe mereka masih berada di kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah. Di samping itu, puasa ketiga pula.....mencari-cari event manager untuk kami parking alatan kami. Sesudah berjumpa ....akubenarkan anak-anak berjalan-jalan di sekitar Pasar Seni selama 50 minit sebelum kami memulakan persembahan pada jam 5.30 petang. Kami tidak dapat menyelesaikan 10 lagu yang telah kami siapkan untuk hari ini disebabkan hujan turun dengan lebatnya. Kelam kabut kami menyelamatkan alatan kai hari tu. Namun kami dapat memainkan lebih kurang 7 buah lagu juga iaitu lagu Gong Xi Gong Xi, Budai Bahasa Budaya Kita, Ramadhan Tiba, Raya (Jalil Hamid), Saajanji Ghar Aaye, Balik Kampung dan kami akhiri dengan lagu Serumpun.

No comments:
Post a Comment