Baharu hari ini kami dapat mengadakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang. Itu pun kami selitkan dalam majlis lantikan pengawas dan pelancaran bulan akademik. Namun aku tak dapat menyertainya kerana berada di IPD Seksyen 9 untuk membuat laporan pecah masuk ke dalam kabin kami hari ini. Patutlah semalam hati aku berdebar-debar semacam sehinggakan tangan pun menggigil. Ke kantin aku ingatkan tak cukup gula dalam badan. Majlis berjalan lancar dengan bantuan Farhanis sebagai penyampai hadiah dan Cikgu CT Raxkina sebagai emcee. Teks ucapan pun aku dah siapkan. Cuma ralat...Anugerah Khas aku lupa. Maka entah bilalah pula nak berikan anugerah ini. Hari ini hari yang paling cantik untuk penyampaian anugerah tersebut. Malangnya tidak berlaku.

No comments:
Post a Comment