Mereka kata sambutan pada hari itu sungguh meriah sekali. Tak dapat nak cerita panjang lebar pada kali ini...tiada di situ, next time kena suruh Puan Elsa buat catatan kat blog ni bila time dia kena memantau persembahan.
Wednesday, 31 July 2013
Alamanda 4
Persembahan kali ini diwakili Puan Elsa pula.....ada hal lain malam ini. Setelah pesanan penaja diberikan kepada Puan Elsa maka anak-anak angklung dilepaskan kepadanya. So....inilah hasilnya.
Friday, 26 July 2013
Alamanda 3
Pukul 1.00 petang kami bertolak ke Alamanda. Awal kami tiba di sana, anak-anak angklung dilepaskan selama 3 jam untuk melihat persekitaran Alamanda...permintaan khas dari mereka. Aku? e- ipad, e-handphone, e-shopping, e-buluh kat luar shopping centre tu....bersama-sama Pengerusi kelab, Arham. Memang e-bosan gila!
Seperti yang dijanjikan, pukul 5.00 petang semua anak-anak angklung berkumpul semula dan mengambil pakaian masing-masing untuk bersedia.
Hari ini kami hanya menukar tudung dari oren ke hijau. Cantik juga. Uncle Sam dihubungi untuk menyenaraikan lagu-lagu persembahan untuk sesi pertama ini. Pada mulanya beliau menyuruh aku.....aku? No idealah uncle...sudahnya uncle Sam yang buat juga. hahahahahahaha......!
5.45 petang anak-anak angklung diminta bersedia untuk memulakan persembahan mereka. DJ hari ini...tak lain dan tak bukan.....dipersilakan Uncle Sam Mat Kous. Yeah....berikan tepukan gemuruh!
Sebaik sahaja selesai persembahan, aku membawa anak-anak angklung ke Restoran Ayam Penyet AP untuk berbuka puasa. Sempat lagi mereka berposing!
Nak duduk kat restoran pun berebut-rebut....kalau dah budak tu....budak juga lar.
Ariff dah macam orang tak makan sepuluh hari dah...layu jer. Uncle Sam plak tak henti-henti mengusik Ariff.....sian Ariff, sabo jer lah! Waktu berbuka puasa sudah sampai...yum yum yum.
Setelah kenyang, anak-anak angklung menuju ke gerai Cool Blog untuk membeli minuman idaman mereka sejak semalam. Diingatkan untuk berkumpul semula di kawasan pentas pada jam 8.15 malam. Hari ini aturcara kami ada sedikit kelainan. kami akan berinteraksi dengan penonton. Lagu yang akan digunakan ialah Burung Dalam Sangkar. Memang catchy lagu ni.
Pada mulanya ramai penonton lari apabila dipanggil....tapi masih ada yang sporting dan turut sama memnyertai persembahan kami dengan bantuan Uncle Sam sebagai coach.
Not bad...not bad......waduh riuh Alamanda dengan alunan angklung. Kami mengakhiri persembahan dengan lagu Dendang Sayang dan mengajak penonton bertepuk tangan bersama-sama kami diakhir lagu. Selepas alatan disimpan, semua menyalin pakaian dan kami bertolak pulang ke Shah Alam. Kita jumpa lagi pada 29 Julai nanti ya dengan surprise yang lain pula.
Thursday, 25 July 2013
Alamanda 2
Terus dari KLIA kami menuju ke Alamanda, Putrajaya. Kali ini kami akan menghiburkan anak-anak yatim yang diraikan di kompleks ini. Sampai di sana, barangan dipunggah dan disimpan dalam stor. Bersedia menanti waktu persembahan sambil melakukan aksi-aksi melampau sambil menonton persembahan.
Menanti dan menanti. Anak-anak yatim sudah memenuhi tempat duduk. Menantikan pengacara memulakan majlis.
Semasa Dato....tak ingat nama beliau, sorrylah Dato'...Ustaz Don lalu depan kami. Huhh....ini peluang. Selepas sesi bergambar bersama anak-anak yatim aku pun terus rebut peluang....soh dia bergambar dengan anak-anak angklung!
Sebelum beliau memulakan tazkirah, angklung memainkan satu lagu nasyid bertajuk Iktiraf.
Terbaliklah pulak klip ni......Habis sahaja tazkirah kami terus ke cafe untuk berbuka puasa.
Beberapa orang anak angklung diarahkan oleh Uncle Sam untuk memberikan goodies kepada anak-anak yatim.
Selesai semua, kami pun bergerak pulang...perut kenyang, mata sudah ngantuk....bye-bye Alamanda kita jumpa esok ya.
Salam Aidilfitri di KLIA Hari Kesebelas
Hari ini merupakan hari terakhir kami di KLIA. Berbekalkan busana jubah, bertudung oren dan lelaki memakai baju melayu teluk belangan bersamping songket....kami menuju ke KLIA. Disebabkan pakaian kami bagaikan kumpulan nasyid maka beberapa lagu nasyid menjadi pilihan kami untuk dimainkan. Seperti biasa sebelum pementasan kami buat shooting sendiri dulu.
Tepat jam 2.00 petang kami pun memulakan lagu Budi Bahasa Budaya Kita sebagai pembuka bicara.
Sementara menanti sesi kedua bermula...anak-anak angklung meronda di KLIA ni termasuklah cikgunya sekali. Almaklum...last day ni. Menonton persembahan tarian...giliran Arham pula tiba kali ini!
Cuba melillinkan batik....
Sedang menanti naik ke pentas budak-budak ini berbual dengan pelancong dari Vietnam. Punyalah galak....sampai nak berbesan bagai......
Anees Soya......nama baru! Untunglah........apa-apa pun kami memang sibuk mengalahkan artis. Snap sana....snap sini....
4.15 petang....persembahan terakhir kami di KLIA. Nikmatilah.....
(Belum siap upload)
Sebaik sahaja selesai, kami sibuk shooting lagi. kali ini dengan krew-krew yang menjaga kami sepanjang sebelas hari di sini, sempat juga bergambar dengan pelancong dari India dan bersalaman dengan penari-penari di sini. Bye-bye KLIA....jumpa lagi. Belum jauh melangkah....sudah terasa rindukan KLIA...itulah kata Ariff!
Alamanda 1
Selesai di KLIA, kami bergegas ke Alamanda, Putrajaya. Pak Ariffin mendahului jalan. Sampai di Presint 4 Pak Ariffin berhenti....lost! Lantas meminta bantuan GPS hanphone nokia, perjalanan diteruskan semula. beberapa minit kemudian kami pun tiba di Alamanda. Barang-barang dipunggah dan dibawa ke pentas yang disediakan. Uncle Sam sudah sedia menanti dan mengarahkan kami untuk meletakkan barang-barang di sebelah pangkin
Setelah penat menanti di pondok yang ada, persembahan kami dimulakan pada jam 5.45 petang. Sungguh hebat sambutan di sini....sound system dia...wow, best!
Kami juga mempunyai 2 orang fan cilik!
Sementara menanti waktu berbuka puasa tiba....kami melakukan beberapa shooting dipersekitaran Alamanda. Lihatlah aksi-aksi kami yang comel ni.....hahahahahahaha!
Berkumpul semula di cafe untuk berbuka. Makan apa agaknya ya?
Selesai berbuka....masing-masing membawa halatuju membawa perut yang penuh. Pesanan penaja...berkumpul semula di pondok jam 8.15 malam untuk persembahan kedua.
Belum start lagi, orang ramai dah berkerumun untuk melihat persembahan kami...not bad. Mungkin alat muzik kami lain kot...membuatkan mereka tertarik.
Persembahan kami berakhir pada jam 9.30 malam. Berkemas dan kemudian kami bertolak pulang selepas mendapat bekalan aiskrim McDonald Uncle Sam.
Subscribe to:
Posts (Atom)