Tuesday, 23 July 2013

Salam Aidilfitri Hari Kesembilan

Kami bertolak lebih awal hari ini oleh kerana kami perlu bergegas ke Alamanda selepas show di KLIA. Tiba di KLIA, kami terus ke bilik dan memulakan latihan. Kemudian bersiap untu persembahan.


Selepas menyusun atur barang di atas pentas sempat juga budak-budak angklung ni layan main congkak....uiii seram, jangan pandang belakang....congkak!


Tepat jam 12.00 tengahari kami memulakan persembahan kami sebanyak 7 buah lagu.





Kemudian kami pula menjadi penonton untuk persembahan tarian pula. Inilah peluang yang kami dapat untuk menikmati persembahan orang. Sementara menanti jam 2.00 petang anak-anak angklung bebas membuat aktiviti sendiri...diingatkan uktuk kembali semula ke pentas pada pukul 1.45 petang.

Jam 2.00 petang sekali lagi kami naik ke pentas dan mendendangkan 7 buah lagu juga.





Sebaik sahaja selesai kami bergegas keluar untuk ke Alamanda pula. Bye bye KLIA...see u tomorrow!

No comments:

Post a Comment