Terus dari KLIA kami menuju ke Alamanda, Putrajaya. Kali ini kami akan menghiburkan anak-anak yatim yang diraikan di kompleks ini. Sampai di sana, barangan dipunggah dan disimpan dalam stor. Bersedia menanti waktu persembahan sambil melakukan aksi-aksi melampau sambil menonton persembahan.
Menanti dan menanti. Anak-anak yatim sudah memenuhi tempat duduk. Menantikan pengacara memulakan majlis.
Semasa Dato....tak ingat nama beliau, sorrylah Dato'...Ustaz Don lalu depan kami. Huhh....ini peluang. Selepas sesi bergambar bersama anak-anak yatim aku pun terus rebut peluang....soh dia bergambar dengan anak-anak angklung!
Sebelum beliau memulakan tazkirah, angklung memainkan satu lagu nasyid bertajuk Iktiraf.
Terbaliklah pulak klip ni......Habis sahaja tazkirah kami terus ke cafe untuk berbuka puasa.
Beberapa orang anak angklung diarahkan oleh Uncle Sam untuk memberikan goodies kepada anak-anak yatim.
Selesai semua, kami pun bergerak pulang...perut kenyang, mata sudah ngantuk....bye-bye Alamanda kita jumpa esok ya.
No comments:
Post a Comment