Thursday, 25 July 2013

Salam Aidilfitri di KLIA Hari Kesebelas

Hari ini merupakan hari terakhir kami di KLIA. Berbekalkan busana jubah, bertudung oren dan lelaki memakai baju melayu teluk belangan bersamping songket....kami menuju ke KLIA.  Disebabkan pakaian kami bagaikan kumpulan nasyid maka beberapa lagu nasyid menjadi pilihan kami untuk dimainkan. Seperti biasa sebelum pementasan kami buat shooting sendiri dulu.



Tepat jam 2.00 petang kami pun memulakan lagu Budi Bahasa Budaya Kita sebagai pembuka bicara.




Sementara menanti sesi kedua bermula...anak-anak angklung meronda di KLIA ni termasuklah cikgunya sekali. Almaklum...last day ni. Menonton persembahan tarian...giliran Arham pula tiba kali ini!




Cuba melillinkan batik....




Sedang menanti naik ke pentas budak-budak ini berbual dengan pelancong dari Vietnam. Punyalah galak....sampai nak berbesan bagai......



Anees Soya......nama baru! Untunglah........apa-apa pun kami memang sibuk mengalahkan artis. Snap sana....snap sini....




4.15 petang....persembahan terakhir kami di KLIA. Nikmatilah.....

(Belum siap upload)

Sebaik sahaja selesai, kami sibuk shooting lagi. kali ini dengan krew-krew yang menjaga kami sepanjang sebelas hari di sini, sempat juga bergambar dengan pelancong dari India dan bersalaman dengan penari-penari di sini. Bye-bye KLIA....jumpa lagi. Belum jauh melangkah....sudah terasa rindukan KLIA...itulah kata Ariff!



No comments:

Post a Comment