Sunday, 14 July 2013

Salam Aidilfitri di KLIA - Hari Pertama

Tinggal Shaza sahaja yang belum sampai ketika van Pak Ariffin tiba di pintu pagar sekolah. Terus meminta kawan-kawan lain menghubunginya. Jalan jem.....ada sambutan dekat kuilIindia yang berdekatan katanya.
Jam 10.20 pagi memulakan perjalanan ke KLIA. Memakan masa hanya setengah jam sahaja ke sana, almaklum guna highway.  Terus menghantar anak-anak angklung ke pintu 7 dan meminta mereka menanti di sana sementara aku parkingkan kereta.



Sampai ke lobi....tiada pula bebudak ni...gi tandas. Berpusing satu KLIA mencari pentas. Uncle Sam call bertanyakan di mana kami. Terus membawa angklung ke bilik belakang dan bersedia untuk membuat persembahan yang akan bermula pada jam 12.00 tengahari. Setelah bersiap menuju ke pentas dan bersedia dengan arahan seterusnya.



Satu demi satu lagu dimainkan. Ramai juga penonton. Ada yang siap duduk bersila kat pangkin yang disediakan untuk merakamkan persembahan kami. Enam buah lagu diperdengarka tapi tidak dirakamkan kesemuanya. Yang ada terakam pun tidak penuh......ramai orang lalu lalang, rakaman tersekat-sekat. Habis sahaja persembahan kami berehat di tepi pentas. Seperti biasa shooting time dan belajar membuat rangka wau hari ini.






Jam 2.00 petang, kami akan memulakan persembahan untuk sesi kedua. 7 buah lagu akan didendangkan pada kali ini. Semakin ramai penonton yang melihat persembahan ini. Tak banyak rakaman di buat. 







Tamat persembahan.........berkesempatan bergambar untuk kenangan di atas pentas dan di luar perkarangan KLIA. Jumpa lagi esok pada jam 2.00 petang ya!


Klip-klip persembahan.








No comments:

Post a Comment