Jam 3.00 petang 26 Jun 2013, bergegas ke Purajaya menaiki van Pak Ariffin yang sedia menanti di luar banguan SUK. Perlu sampai ke sana sebelum pukul 4.00 petang untuk buat sound check. Hujan mulai turun...masalah untuk membawa tuurun alatan angklung nanti. Mencari pintu pagar yang berhampiran dengan petas...bebudak ni hilang ke mana pula?
Rasa nak terkucil pula....mencari tandas selepas parking. Kemudian menuju ke pentas dan mencari Encik Faizal untuk menguruskan alatan angklung di atas pentas.
Kami diberitahu kami akan bermain atas dua pentas....iaitu di Laman Seni dan di Pentas Mini. Tetapi persembahan di Laman Seni memakan masa lebih kurang satu jam sementara di Pentas Mini hanya 15-20 minit sahaja. Jam 4.50 petang kami memulakan persembahan dengan lagu Budi Bahasa Budaya Kita sebagai pembuka bicara.
Sebaik sahaja selesai di pentas laman seni kami bergegas ke pentas mni untuk memulakan persembahan di sana pula.
Persemabahn kami boleh ditonton di laman Youtube. Just taip wariseni, kelab angklung atau nama sekolah kami SMK Taman Sri Muda, pelbagai klip dapat ditonton.
Persembahan kami selesai jam 6.30 petang dan anak-anak angkung dilepaskan berterbangan selama setengah jam di sana untuk melihat persekitaran festival. Jam 7.00 malam kami bertolak pulang ke Shah Alam untuk membuat persiapan persembahan di SUK esok pula.
No comments:
Post a Comment